| English |Bahasa Malaysia |

 

SENARAI AKTIVITI PAMERAN BERGERAK
TAHUN 2008

 

Pameran Bergerak Sains dan Teknologi

Pameran Sains dan Teknologi bergerak adalah merupakan  salah satu program Unit Sains dan Teknologi untuk memberi kesedaran tentang kepentingan  Sains dan Teknologi di kalangan masyarakat umum, khususnya yang tinggal jauh daripada pusat bandar. Sasaran utamanya ialah para pelajar sekolah menengah dan rendah serta guru-guru. Program ini mula di rancang pada tahun 1998 dan hanya mula beroperasi pada tahun 2006. Selain daripada mengadakan pameran Sains dan Teknologi yang bercorak interaktif, akan tetapi beberapa aktiviti seperti ceramah tentang S & T, demonstrasi Sains, pertandingan Kuiz dan sebagainya juga di adakan.

 

 BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

TARIKH &TEMPAT

CATATAN

 

1.

 

Pameran S & T bergerak di daerah Papar, bersama agensi lain. Anjuran Yayasan Sabah.

 

Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat luarbandar akan kepentingan Sains dan Teknologi

 

03 Mac 2008
Dewan Masyarakat Papar.

2. Pameran Sains dan Teknologi bergerak di SMK Kinarut. Untuk mempertingkatkan kesedaran sains dan Teknologi di kalangan pelajar di luar Bandar. 24 Mac 2008,
Di Sekolah Menengah Kebangsaan ,Kinarut.
3. Pameran Sains dan teknologi bergerak di daerah Kota Marudu bersama agensi-agensi lain, anjuran MOSTI. Memberi kesedaran tentang kepentingan Sains dan Teknologi kepada masyarakat luar Bandar.

22 hingga 25 Mei  2008

Kota Marudu

4. Pameran  Sains dan Teknologi bergerak di daerah Beluran Memberi kesedaran tentang kepentingan Sains dan Teknologi di kalangan masyarakat luar bandar,khususnya para pelajar.

11 Jun 2008

 

Beluran