|
GALERI SAINS
LATARBELAKANG
Pada masa ini oleh kerana UST tidak mempunyai tempat untuk mempamerkan peralatannya maka pihak UST dengan kerjasama pihak Muzium Sabah telah menempatkan sebahagian daripada alat-alat sains di Muzium Negeri untuk dipamerkan dan yang selebihnya akan digunakan oleh pameran bergerak.
Galeri Unit Sains dan Teknologi telah mula beroperasi mulai dari 16 November 2007. Mengikut kepada data yang disimpan sehingga Julai 2008 seramai 3,012 masyarakat awam telah melawat dan mengikuti program-program yang disediakan. Masyarakat awam ini terdiri daripada kanak-kanak bersama-sama dengan ibubapa mereka, warga tua, orang asing dan pelajar-pelajar dari universiti.
Selain daripada itu Galeri telah mengadakan program ‘Bridging Creativity with Curiosity Towards industrialized Country’ melalui program “Scienceman show’ yang diketuai oleh pakar sains dari negara Jepun En Koji Hase seorang sukarelawan senior dari JOCV. Program ini telah mengadakan demonstarsi sains ke sekolah-sekolah terpilih oleh Jabatan Pelajaran Sabah mulai dari 18 September 2007 dan sehingga kini Feb 2008 seramai 3,000 murid-murid dan guru-guru dari sekolah rendah dan menengah telah didedahkan kepada Sains secara interaktif. Program ini berjaya menarik minat dan membuka minda para pelajar, berdasarkan daripada ‘feedback’ yang diterima melalui soal-selidik.
Objektif Galeri S & T
a. Memupuk perasaan kagum dan perasaan ingin tahu melalui aktiviti demostrasi sains.
b. Menanam kreativiti dan keupayaan diri untuk menrungkai permasalahan sains dengan bimbingan melalui aktiviti yang dirangcang.
c. Menyedarkan masyarakat bahawa sains dan teknologi itu ada dalam kehidupan harian kita.
d. Mengadakan program-program kesedaran mengenai dengan perlindungan alam sekitar.
Kumpulan sasaran :
| 1) |
Para Pelajar dari tadika ke darjah Enam. |
| 2) |
Masyarakat Umum. |
Metodologi
Demonstarsi sains – Jadual akan ditentukan kelak
Melawat peralatan saintifik
Pertandingan
Permainan alam sekitar.
Hari & masa operasi
| Jumaat-Ahad |
09.00am – 01.00 pm |
| |
02.00pm – 04.00 pm |
| |
|
|