| English |Bahasa Malaysia |
PROFIL
ORGANISASI
APLIKASI INTRANET
PAUTAN
PAUTAN LAIN
GALERI FOTO
ARKIB
MAKLUMBALAS
PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

Tingkat 7, Blok B,
Wisma MUIS,
88999 Kota Kinabalu.
Tel : 088-240315
Faks :088-249410
e-mail : ust@sabah.gov.my

Anda adalah pelawat ke-

 

PENAFIAN : Unit Sains dan Teknologi tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat didalam laman web ini.

 

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KECEKAPAN TENAGA PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU 2010

Program Karnival Pendidikan Sains, Teknologi dan Kecekapan Tenaga memberi ruang dan tempat untuk menarik minat pelajar-pelajar dalam bidang Sains dan Teknologi serta menghayati program Sains dan teknologi sebagai sokongan serta pengukuhan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti 'hands on' memainkan peranan penting bagi meransang minda dan kreativiti pelajar dalam menyelesaikan masalah seharian mereka.

Matlamat

Karnival Pendidikan diadakan untuk melahirkan insan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam era globalisasi yang mementingkan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian.

Objektif

1. Peserta menguasai konsep sains dan teknologi melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang;

2. Peserta mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan;

3. Peserta menyedari kepentingan penguasaan sains dan teknologi;

4. Peserta mendapat pengalaman (hands on learning) melalui aktiviti yang disertainya;

5. Peserta mendapat pendedahan tentang pembangunan projek inovasi sains.

Aktiviti yang diadakan

1. Pertandingan - Pembinaan Solar Car, Solar Boat, Portable Cooking With Nature, Eureka RE & EE Beach House

2. Demonstrasi Sains

3. Ceramah

4. Pameran Sains dan Teknologi