| PERUTUSAN
Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat atau lebih dikenali dengan UPKR. UPKR merupakan sebuah unit di bawah Jabatan Ketua Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk membantu kerajaan merangsang dan meningkatkan pertumbuhan pembangunan dan kualiti hidup rakyat. |
|
Laman Web ini diwujudkan bertujuan untuk mendekatkan lagi UPKR dengan agensi/institusi dan orang awam. Saya berharap laman web ini akan menjadi rujukan dan membawa manafaat kepada semua yang melayarinya.
Laman ini merupakan yang pertama dan segala kekurangan adalah tidak dapat dinafikan. UPKR akan sentiasa mengemaskini laman web ini dari semasa ke semasa untuk menyediakan informasi yang tepat, relevan dan terkini untuk dikongsi bersama.
Kami mengalu-alukan pandangan dan cadangan yang membina demi memastikan kemajuan laman web ini.
Selamat melayari Laman Web Rasmi Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat.
Wabillahitaufik walhidaya
Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
ALIASGAR @ ALI ASHGAR HJ. BASRI
PENGARAH
|