~ RAKYAT MAKMUR NEGARA MAJU ~ BERJIHAD KE ARAH MEREALISASI WAWASAN 2020 ~ RAKYAT MAKMUR NEGARA MAJU ~ BERJIHAD KE ARAH MEREALISASI WAWASAN 2020 ~ RAKYAT MAKMUR NEGARA MAJU ~ BERJIHAD KE ARAH MEREALISASI WAWASAN 2020
MENGENAI UPKR
Muka Depan
Perutusan
Pengenalan

Moto, Misi & Visi

Fungsi
Direktori
Carta Organisasi
   
PKR PENYELARAS
PKR Zon Bandaraya
PKR Zon PBS
PKR Zon PBU & Kinabalu
PKR Zon Pedalaman
PKR Zon Sandakan
PKR Zon Tawau
   
PEMIMPIN ANDA
Ahli Parlimen
ADUN
PKR
   

PENGENALAN

Pusat Kemajuan Masyarakat (CDC) ditubuhkan pada 8 Mei,1968 manakala Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) pula ditubuhkan pada tahun 1981.Kedua-dua organisasi ini disatukan pentadbirannya pada 1 Jun,1982 dibawah kawalan Jabatan Ketua Menteri,Sabah.

Kewujudan UPKR/PKM adalah untuk membantu kerajaan mengubah sikap masyarakat luar bandar supaya ingin maju seterusnya menyokong/menyertai secara aktif dalam program Pembangunan Kerajaan, terutama sekali membantu pemerintah mengukuhkan kestabalian kerajaan yang sedia ada. Kedua, mendorong dan menyelaras kegiatan/usaha-usaha bercorak pembangunan masyarakat dinegeri ini.Ketiga, sebagai agensi kerajaan yang mengawasi dan pentadbiran JKKK/JKDB di seluruh Daerah Negeri Sabah.

Untuk mencapai matlamat penubuhannya, UPKR/PKM dari masa ke semasa mengadakan berbagai program latihan yang kesemuanya menekankan bidang pembangunan masyarakat.Sasaran kursus latihan tersebut adalah kakitangan peringkat kawasan dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan terutama sekali JKKK/JKDB.

Dalam bulan Januari 1995, dengan Penubuhan Kementerian Pembangunan Luarbandar (KPLB) Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) telah di pisahkan semula dengan Pusat Kemajuan Rakyat.UPKR telah diletakkan di bawah Jabatan Ketua Menteri sementara Pusat Kemajuan Rakyat diserapkan ke dalam KPLB.

 
ke atas
Sebarang cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh ditujukan kepada Pentadbir Laman


Penafian:

Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan yang dialami akibat menggunakan maklumat di dalam laman web ini.

© 2006. Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat.