Seksyen Makro diletakkan di
bawah penyeliaan Timbalan Pengarah (Makro) dan dibantu oleh empat (4) Ketua Penolong
Pengarah (Ekonomi Makro), Ketua Penolong Pengarah (Pengesanan), Ketua Penolong Pengarah
(BMFC) dan Ketua Penolong Pengarah (Ekonomi Wilayah) serta enam (6) Penolong Pengarah
iaitu Penolong Pengarah (Kewangan & Belanjawan), Penolong Pengarah (Sumber Manusia),
Penolong Pengarah (Pembangunan Wilayah), Penolong Pengarah (Pengesanan) 2 orang dan
Penolong Pengarah (Bimp-eaga).
OBJEKTIF
Menyelaras penyediaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun, perumusan dan pemantauan
pelaksanaan dasar, serta strategi pembangunan Negeri Sabah;
Menyelaras penyediaan Belanjawan Pembangunan Tahunan Negeri, Kajian Separuh
Penggal serta memantau pelaksanaan Rancangan Jangka Panjang/Pendek;
Menyelaras program-program pembasmian kemiskinan bandar dan luar bandar serta
pembangunan wilayah seluruh Sabah;
Menyelaras program sumber manusia dan guna tenaga bagi Negeri Sabah;
Menyelaras dan memantau perlaksanaan projek-projek secara fizikal dan kewangan
diseluruh negeri.
FUNGSI UTAMA
Menyelaras penyediaan/perumusan kajian semula dasar; strategi makro; dan
rancangan pembangunan negeri.
Menyelaras pemantauan pelaksanaan dasar; strategi makro; dan rancangan
Pembangunan negeri.
Menyediakan perkhidmatan urusetia kepada program-program pembasmian kemiskinan
dan pembangunan wilayah seluruh Sabah.
Menyelaras, mengurus serta mengkaji keperluan sumber manusia dan guna tenaga
dalam negeri dan luar negara.
Menyediakan perkhidmatan urusetia kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Pemantauan
pembangunan yang berkaitan.
Menyediakan perkhidmatan urusetia kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Perancangan
Negeri Sabah.
Menyediakan perkhidmatan SPINS untuk memantau perlaksanaan projek-projek secara
fizikal dan kewangan diseluruh negeri.
Menyediakan ucapan dasar TYT sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri dan
membantu/menyelaras penyediaan laporan/ucapan untuk Ketua Menteri, Setiausaha Kerajaan
Negeri dari masa kesemasa.
Menyediakan jawapan dan input untuk soalan-soalan Persidangan Dewan Undangan
Negeri Sabah
Menyelaras kajian-kajian perancangan makro.
Menyediakan maklumat-maklumat dan petunjuk-petunjuk ekonomi sebagai pusat rujukan
dan bank data bagi Kerajaan Negeri..