|
Salam Mesra dan Salam Sejahtera,
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan).
Harapan kami dengan adanya media ini para pengunjung sedikit sebanyak memperolehi maklumat ringkas mengenai pejabat ini, fungsi-fungsi dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dari masa ke semasa.
Sebarang permasalahan yang timbul dan perlu kepada peranan pejabat ini adalah amat dialu-alukan.
Sekian dan terima kasih.
Selamat Melayari Laman Web ini ....
|

MISI
Sebuah Kerajaan Negeri yang direkacipta semula (Reinvented Government), berupaya menjadikan Sabah sebuah masyarakat yang berilmu dengan mempunyai kualiti berikut:-
Pentadbiran Kerajaan Negeri yang berorientasikan hasil kerja memuaskan, bertanggungjawab dan dihormati;
Perkhidmatan Awam Negeri yang berpengetahuan, menjalankan tugas dengan baik dan berkesan serta boleh dipercayai;
Persekitaran kerja yang menyenangkan serta terbuka, yang menggalakkan ketelusan dan budaya pembelajaran berterusan;
Rangkaian Sistem Kerajaan Elektronik yang berfungsi sepenuhnya.
|