Informasi Terkini
 
   
Maklumat Perangkaan Tanaman Pertanian
 
   
Penerbitan
 
 
Sumbangan Sektor Pertanian Kepada Ekonomi
 
 
 



INSENTIF TANAMAN

 


SUBSIDI PADI

TUJUAN PROJEK


Untuk menggalakkkan petani mengusahakan tanah sawah mereka dan meningkatkan hasil pengeluaran padi.

Untuk menggalakkan petani padi bukit menanam pada kawasan yang sama pada setiap musim penanaman.

JENIS BANTUAN

1. Subsidi Pembajakan Sawah Padi

2. Subsidi Baja Padi Bukit

SUBSIDI PEMBAJAKAN SAWAH PADI

Kadar dan Had Bantuan

  • Bantuan adalah diberikan untuk maksud pembajakan sawah padi.
  • Setiap pemohon yang diluluskan layak mendapat RM 100/ekar tertakluk kepada maksima 5 ekar bagi setiap musim penanaman.

    Kelayakan Pemohon

  • Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas. Pemohon berumur di bawah 18 tahun dan sudah berkahwin serta memiliki tanah sawah sendiri layak memohon.
  • Memiliki tanah bergeran atau surat pengesahan untuk Resit Pemohonan Tanah (PT) yang dikeluarkan oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah sahaja.
  • Pemohon boleh menyewa tanah bergeran atau tanah yang mempunyai surat arahan pengukuran (SP).

    Cara Memohon

  • Pemohon hendaklah memohon dengan Pejabat Pertanian Daerah dengan mengemukakan borang permohonan Subsidi Pembajakan Sawah Padi PP13.1 yang lengkap diisi.
  • Pemohon hendaklah membawa geran tanah dan kad pengenalan asal semasa pendaftaran.
  • Bagi pemohon yang mengusahakan tanah PT hendaklah menyertakan surat pengesahan PT PP 13.2 yang lengkap diisi.
  • Bagi pemohon yang menyewa tanah hendaklah menyertakan salinan surat Perakuan Berkanun Penyewaan Tanah Sawah Padi PP 13.3 yang lengkap diiisi dan disahkan. Hanya tanah sawah bergeran dan tanah PT yang mempunyai surat arahan pengukuran (SP) sahaja boleh disewakan.
  • Bagi pemohon yang mengusahakan tanah waris hendaklah menyertakan surat Pengesahan Waris Tanah PP13.4

 

 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2009

- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress