Balik ke Laman Utama

1. Rasional Pengurusan Sistem Penanda

  • Untuk membenarkan Jabatan Pertanian dan FAMA mendaftar pengusaha dan pengeksport yang terlibat dalam aktiviti pengeksportan sayur-sayuran dan buah-buahan terutama ke Negara Brunei Darussalam.
  • Untuk memastikan semua pengusaha sayur-sayuran dan buah-buahan menggunakan/melekatkan LABEL FAMA pada setiap bungkusan bagi memudahkan pemantauan dan pengesanan punca bekalan yang diperolehi oleh pengeksport.
  • Untuk membenarkan dan membolehkan Jabatan Pertanian dan FAMA menyiasat dan mengesan pengusaha dan pengeksport yang dikenalpasti membuat penghantaran/pengeksportan sayur-sayuran dan buah-buahan didapati mengandungi sisabaki racun perosak melebihi had maximum residue limit (MRL) yang dibenarkan.

2. Bagaimana/Kaedah Pelaksanaan

Jabatan Pertanian menetapkan kod pengusaha dan kod kawasan pengeluar setiap daerah, manakala FAMA menetapkan kos pengeksport sayur-sayuran dan buah-buahan.  Pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran tahunan kod pengusaha sayur-sayuran dan buah-buahan dibuat oleh Jabatan Pertanian, manakala kod pengeksport oleh FAMA selepas diperakui oleh Jabatan Pertanian.  Cetakan label dibuat oleh FAMA.  Penjualan label kepada pengusaha sayur/buah, pemindahan dan kawalan stok, pelaporan rekod penjualan dan penyerahan kutipan wang jualan label dilakukan oleh Jabatan Pertanian.  Semua pengusaha-pengusaha sayur-sayuran dan buah-buahan hendaklah melekatkan dan mempamerkan label yang telah lengkap dengan maklumat-maklumat tertentu pada setiap bungkusan sayur atau buah untuk dieksport ke Negara Brunei Darussalam.

 

3. Faedah Kepada Petani/Pengusaha

Sistem penanda dapat memberi kesedaran kepada petani untuk mengeluarkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti.  Dengan demikian ia akan memudahkan petani/pengusaha dan pengeksport memasarkan hasil ladang berkualiti ke Negara Brunei Darussalam.

 

 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2009
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress