PROGRAM PENYELIDIKAN

1. Penyelidikan Pembangunan Tanaman

Objektif: Untuk mempertingkatkan pengeluaran hasil dan mutu keluaran.

Jenis Program:

a. Agronomi dan Pembiakbaikan tanaman. Kajian Penyelikan termasuklah:-

  • koko
  • kopi
  • kelapa
  • tanaman makanan
  • buah-buahan
  • kelapa sawit
  • padi

b. Pengeluaran Bahan Tanaman seperti berikut:

  • koko (biji benih)
  • koko (mata tunas)
  • kopi (biji benih)
  • kelapa (biji benih)
  • kelapa sawit (biji)

2. Kajian Tanah

Objektif: Untuk mengoptimakan penggunaan sumber tanah.

  • Pengkelasan Tanah
  • Pemulihan Tanah

3. Perlindungan Tanaman

Objektif: Untuk menentukan pengurusan masalah perosak dijalankan dengan berkesan dan mengambilkira aspek alam sekitar dan pengguna.

 

4. Pembangunan perusahaan baru berasaskan pertanian

Objektif: Untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran teknikal bagi industri yang berasaskan pertanian.

5. Perkhidmatan Kepakaran

Objektif: Untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran teknikal dan professional.

Jenis Perkhidmatan:

  • Analisis Kimia
  • Analisis Sisa Baki Racun Perosak
  • Perkhidmatan Professional

 

PROGRAM LATIHAN

Projek-projek yang dilaksanakan dibawah program adalah seperti berikut:-

1. Projek Institut Pertanian Timbang Menggaris, Kota Belud

Institut Pertanian ini mengendalikan kursus tiga (3) tahun dalam bidang pertanian bagi lepasan sekolah Tingkatan Lima.

Objektif: Untuk memberi latihan dalam bidang pertanian kepada belia dan beliawanis di peringkat pra perkhidmatan di sektor awam dan swasta.

2. Projek Pusat Latihan Pertanian Vokasional, Lahad Datu

Latihan Vokasional Pertanian adalah kursus satu tahun dalam bidang pertanian khususnya bagi tanaman perladangan (kelapa sawit dan koko) untuk lepasan sekolah Tingkatan Tiga.

Objektif: Untuk menjalankan kursus vokasional satu tahun dalam bidang pertanian yang memberi penumpuan kepada pengurusan tanaman perladangan koko dan kelapa sawit.

3. Projek Pusat Latihan Pertanian, Timbang Menggaris

Projek ini dilaksanakan dengan dua objektif:

Untuk mengendalikan kursus-kursus asas dan kursus-kursus ulangkaji bagi pegawai dan kakitangan Jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan.

Untuk mengendalikan Latihan Kejenteraan Ladang bagi kakitangan Jabatan (6 bulan) dan petani (2 minggu).

4. Projek Pusat Latihan Petani

  • Projek ini dikendalikan oleh Pusat-Pusat Latihan Petani di Damai, Kota Marudu, Ulu Dusun, Sandakan dan Lagud Sebrang Tenom.

Pusat Latihan Petani bertanggungjawab untuk menjalankan Kursus Pertanian Asas selama enam bulan dan Kursus Kemahiran Khas Pertanian bagi petani selama satu minggu.

Objektif: Untuk menganjurkan kursus asas pertanian jangka panjang dan kursus kemahiran khas pertanian jangka pendek bagi petani.

  • Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, Penampang

    Objektif:

    Untuk memberi latihan kepada pengusaha pertanian mengenai dengan pertanian bersepadu dan kemorsial.

    Untuk memberi latihan kemahiran pertanian kepada petani dalam topik-topik khas yang terpilih.

 

5. Projek Latihan Luarbandar bagi Ekonomi Rumahtangga

Objektif: Untuk memberikan latihan kemahiran dari segi pengurusan keluarga, kesihatan dan ekonomi kepada kaum wanita luar bandar.

  • Kursus yang dijalankan:
  • Kursus Asas
  • Kursus Lanjutan

 

PROGRAM PERKHIDMATAN PENGEMBANGAN

1. Projek Penubuhan Kumpulan

Objektif: Untuk mewujudkan kumpulan sasar yang terdiri daripada para petani dan keluarga tani disatu kampung bagi memudahkan penyaluran khidmat nasihat secara teratur dan berterusan.

Kumpulan Sasar:

  • Kumpulan Tani
  • Kumpulan Pembangunan Keluarga Tani (PKT)
  • Kumpulan Wanita Maju

2. Projek Lawatan Ke Kumpulan Tani

Objektif: Untuk menyampaikan topik pembelajaran sesuai dengan program dan membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh ahli kumpulan.

3. Projek Plot-Plot Demonstrasi dan Projek Kumpulan

Objektif: Untuk mewujudkan kawasan contoh mengenai satu-satu tanaman dengan pengurusan yang cekap dan berkesan dengan penglibatan petani.

4. Projek Usahawan Tani

Objektif: Untuk mewujudkan petani komersial dan berdaya saing melalui bimbingan dan kursus.

PROGRAM PEMBANGUNAN TANAMAN

Objektif: Untuk menyediakan dan menyalurkan insentif dan bantuan pengeluaran kepada para petani yang dikenalpasti untuk menggalakkan mereka menanam tanam-tanaman yang disyorkan oleh Jabatan.

Projek-projek yang dilaksanakan dibawah program ini adalah seperti berikut:-

1. Projek Subsidi Untuk Tanaman Jangka Pendek

Objektif: Untuk menggalakan petani mengusahakan tanah terbiar dengan tanaman jangka pendek yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian bagi keperluan makanan keluarga dan sumber bahan mentah bagi perusahaan kecil makanan di luar bandar.

2. Projek Subsidi Untuk Tanaman Jangka Panjang

Objektif: Untuk membantu petani mengusahakan tanah mereka dengan pelbagai tanaman kekal yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian.

3. Projek Skim Pemulihan Tanaman

Objektif: Untuk memulihkan tanaman tua, terbiar dan tidak produktif atau menanam semula dengan tanaman yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian.

4. Projek Skim Bantuan Pekebun-Pekebun Kecil

Objektif: Untuk menggalakkan petani membangun dan mengusahakan tanah mereka secara berkelompok dengan tanaman yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian.

5. Projek Subsidi Untuk Tanaman Padi

Objektif: Untuk menggalakkan petani membangun dan mengusahakan tanah sawah mereka.

6. Projek Pengeluaran Bahan Tanaman

Objektif: Untuk menyediakan bahan tanaman kekal dan tanaman kontan bermutu yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian.

Jenis tanaman kekal:

  • Kopi
  • Buah-buahan cantum
  • Buah-buahan ‘seedling’
  • Jenis tanaman kontan:
  • Padi
  • Jagung
  • Kacang Tanah
  • Kacang Soya
  • Sayur-sayuran

7. Projek Pejenteraan Padi

Objektif: Mengendalikan demonstrasi pejenteraan yang terdapat dan sesuai dalam pengusahaan tanaman padi kepada kakitangan dan petani.

Jenis demonstrasi:

  • Demonstrasi penyediaan tanah
  • Demonstrasi penanaman
  • Demonstrasi penuaian
  • Plot demonstrasi

PROGRAM PENGURUSAN MAKLUMAT

1. Projek Komputerisasi Jabatan

Objektif: Untuk melaksanakan satu sistem pengurusan maklumat berkomputer di Jabatan Pertanian.

Bahagian Perkhidmatan Komputer sedang melaksanakan program komputerisasi untuk mengendalikan satu sistem pengurusan maklumat berkomputer di semua pejabat Jabatan. Projek ini menyediakan peralatan sistem di Ibu pejabat sebagai nadi kepada program keseluruhan komputerisasi tersebut.

2. Projek Perancangan dan Kajian Sosioekonomi

Objektif: Untuk memenuhi keperluan maklumat dan data pertanian bagi perancangan, pengesanan dan penilaian polisi, program dan projek Jabatan dan juga untuk pengguna lain.

3. Projek Penyiasatan Pengeluaran Padi

Objektif: Untuk mengutip data padi bagi mengganggar hasil keluasan, keluasan bertanam dan pengeluaran padi bagi setiap musim penanaman di setiap tahun di negeri ini.

4. Projek Perkhidmatan Penerangan Pertanian

Objektif: Untuk menyalur maklumat dan teknologi pertanian melalui media massa.

PROGRAM AGRO-TOURISM

Objektif: Untuk menyediakan kemudahan untuk mempromosikan pelancongan berasaskan pertanian di Negeri Sabah.

PROGRAM PERKHIDMATAN KAWALSELIA

Di bawah program perkhidmatan kawalselia, perkhidmatan yang diberikan adalah berdasarkan kepada permohonan yang diterima oleh Jabatan.

1. Projek Kuarantin Tumbuhan

Objektif: Untuk memberikan perkhidmatan menguatkuasa akta dan peraturan kawalan perosak berhubung dengan pertanian.

Pengawalan perosak tanaman dilaksanakan melalui pengeluaran Permit Import bagi bahan-bahan yang perlu di import, manakala penyediaan Sijil Faitosanitari adalah untuk membantu urusan pengekspotan hasil-hasil pertanian.

2. Aktiviti Pelan Pembangunan Tanah

Objektif: Untuk memastikan segala cadangan pembangunan pertanian yang dikemukakan adalah sesuai dan menepati polisi pembangunan pertanian yang ditetapkan.

Berdasarkan kepada syarat pemberian tanah, bakal pemilik dikehendaki mengemukakan Pelan Pembangunan Tanah mengikut format dan isi kandungan ditetapkan oleh Jabatan.

3. Aktiviti Pemeriksaan Tanah

Objektif: Untuk memeriksa tanah dan memberikan komen sesuai dengan tujuan pemeriksaan tanah berkenaan.

Tujuan pemeriksaan tanah yang berkaitan adalah melibatkan Permohonan Tanah, Tukar Syarat, Senjata Api, Tukar Hak Milik dan Penilaian Tanaman.

4. Guna Tanah

Objektif: Untuk mengemaskini peta taburan penggunaan tanah negeri Sabah.

Program:

a. Rakaman gambar udara

b. Analisis penafsiran dan verifikasi gambar udara di lapangan

c. Kemaskini peta taburan gunaan tanah skala 1: 25,000

d. Mendigitaiz peta taburan gunaan tanah skala

5. Aktiviti Pengesanan dan Pengawalan Perosak Berbahaya

Objektif: Untuk mengesan kehadiran perosak tanaman berbahaya dan mengambil langkah-langkah pengawalan yang bersesuaian.

PROGRAM PENYEDIAAN KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR

1. Aktiviti Pengurusan Belanjawan

Objektif: Untuk memastikan peruntukan yang cukup dan tersedia bagi melaksanakan rancangan pembangunan Jabatan.

Ini merupakan aktiviti rutin Bahagian Belanjawan bagi menyokong aktiviti-aktiviti cawangan/bahagian yang lain di dalam Jabatan.

2. Aktiviti Pengurusan Perolehan dan Pembinaan

Objektif: Untuk menentukan kualiti perolehan bekalan, peralatan dan pembinaan kemudahan yang diperlukan oleh Jabatan adalah di tahap yang tinggi.


PROGRAM PENYEDIAAN KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR

1. Aktiviti Pengurusan Belanjawan

Objektif: Untuk memastikan peruntukan yang cukup dan tersedia bagi melaksanakan rancangan pembangunan Jabatan.

Ini merupakan aktiviti rutin Bahagian Belanjawan bagi menyokong aktiviti-aktiviti cawangan/bahagian yang lain di dalam Jabatan.

2. Aktiviti Pengurusan Perolehan dan Pembinaan

Objektif: Untuk menentukan kualiti perolehan bekalan, peralatan dan pembinaan kemudahan yang diperlukan oleh Jabatan adalah di tahap yang tinggi.

 

 

 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2009
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress