Balik ke latihan



Pusat Latihan Pertanian Bersepadu (IATC)

1. Lokasi

Pusat Latihan Pertanian Bersepadu terletak di Daerah Penampang, Sabah.

2. Matlamat

  • Melatih para belia yang mempunyai kelayakan yang dikehendaki dalam pengeluaran pertanian dengan pendekatan secara bersepadu demi melengkapkan mereka untuk menceburi sektor pertanian secara komersial sebagai pengeluar hasil primer dan sekunder.
  • Melatih para pelatih dan atau orang perseorangan yang berminat menceburi sektor pertanian untuk menyumbang dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan mereka.

3. Kursus Pertanian Bersepadu

Kursus ini dibahagikan kepada tiga semerter yang mana setiap semester mengandungi 20 minggu. Untuk layak menerima Sijil Kemahiran Pertanian Bersepadu, para pelatih harus memperolehi gred markah purata dua mata ke atas pada penghujung kursus berdasarkan sistem penilaian berterusan yang memberi penekanan kepada kemahiran kerja ladang.

Mata pelajaran-mata pelajaran yang terkandung dalam kursus ini ialah:

i. Semester Pertama

  • Matematik dan Prinsip Pertanian
  • Penternakan Ikan Air Tawar Dalam Kolam I
  • Hortikultur
  • Perusahaan Ternakan I
  • Kewangan Pertanian
  • Pertukangan Kayu Dan Mekanisasi Ladang
  • Pengurusan Ladang
  • Pemasaran Pertanian I

 

ii. Semester Kedua

  • Perusahaan Ternakan II
  • Penternakan Ikan Dalam Kolam II
  • Perusahaan Tanaman
  • Pertanian Bersepadu
  • Pemprosesan Makanan
  • Pemasaran Pertanian II
  • Projek Pengkhususan

 

iii. Semester Ketiga


Projek Pengkhususan :-

  • Penternakan Ayam Pedaging – Ikan – Tanaman Sayur (PP1)
  • Penternakan Ayam Pedaging – Ikan – Tanaman Sayur (PP2)
  • Penternakan Itik Penelur – Ikan – Pemprosesan Telur Itik Masin – Tanaman Sayur (PP3)
  • Penternakan Ayam Pedaging – Ikan – Landskap – Tanaman Sayur (PP4)
  • Pemprosesan Makanan – Tanaman Cendawan – Tanaman Sayur – Penternakan Ayam Pedaging (PP5)
  • Tanaman Padi – Penternakan Ayam Pedaging – Ikan – Tanaman Jagung – Tanaman Sayuran – Simenfero (PP6)
  • “Integrated Studies”

3.1 Jangkamasa Kursus

  • Jangkamasa kursus adalah 18 bulan yang dibahagi kepada tiga semester.


3.2 Permohonan dan Kelayakan Mengikuti Kursus

i. Kelayakan Mengikut Kursus

Kelayakan minima untuk mengikuti Kursus Kemahiran Pertanian Bersepadu adalah seperti berikut:

  • Bagi pelajar baru tamat sekolah, kelayakan yang diperlukan ialah lulus SPM dan berumur di antara 18 – 25 tahun, dan
  • Bagi orang dewasa, kelayakan yang diperlukan ialah lulus SRP, berumur di antara 26 –35 tahun dan terlibat dalam kegiatan pertanian

ii. Pengambilan Pelatih

Pengambilan pelatih diadakan pada bulan Oktober hingga November setiap tahun melalui Pegawai Pertanian/Pegawai Penguasa Pertanian Daerah dan Pegawai Penguasa Latihan Petani bagi bekas pelatih Pusat Latihan Petani.

Semua permohonan mestilah dibuat dengan mengisi borang (LPJP1) yang boleh didapati dari Ibu Pejabat Pertanian, Kota Kinabalu, Pejabat-pejabat Pertanian Daerah, Pusat-pusat Latihan Petani dan Pusat Latihan Pertanian Bersepadu.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Pertanian/Pegawai Penguasa Pertanian Daerah atau Pegawai Penguasa Pusat Latihan Petani untuk perakuan dan rekomendasi.

Pegawai Pertanian/Pegawai Penguasa Pertanian Daerah atau Pegawai Penguasa Pusat Latihan Petani hendaklah menghantar borang yang lengkap diisi kepada:

Penolong Pengarah Pertanian
Pusat Latihan Pertanian Bersepadu
Peti Surat 209
89507 Penampang

Tel : 088- 768388 / 768366 Faks : 088 - 766131

Top

4. Kursus-kursus Khusus

4.1 Tujuan

Melatih petani dan orang perseorangan yang berminat menceburi sektor pertanian untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.


4.2 Senarai Kursus

Senarai kursus Yang Dianjurkan Oleh Pusat Latihan Pertanian Bersepadu Dalam Tahun 2003

  • Kursus Penternakan dan Pemprosesan Hasil Itik Penelur
  • Kursus Pengeluaran dan Pemprosesan Ayam Pedaging
  • Kursus teknologi Memproses hasil Kacang Soya dan Cincau
  • Kursus Pengeluaran Sayur-Sayuran Dalam Rumah Kalis Serangga dan Hujan
  • Kursus Penternakan dan Pemprosesan Burung Puyuh
  • Kursus Penternakan Ikan Dalam Kolam Air Tawar
  • Kursus Asas Simenfero (kakitangan Jabatan Pertanian)
  • Kursus Pembiakan Tanaman di Tapak Semaian
  • Kursus Asas Simenfero (Petani)
  • Kursus Penanaman Cendawan Untuk Dataran Rendah

4.3 Kelayakan Mengikuti Kursus

  • Kursus ini adalah terbuka kepada petani dan orang perseorangan yang berminat dengan syarat mereka boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang berasal dari Sabah yang mempunyai latarbelakang pertanian, memiliki tanah untuk diusahakan, sihat dari segi fizikal dan mental.

4.4 Pengambilan Peserta

Pengambilan peserta dibuat melalui Pegawai Pertanian/Pegawai Penguasa Pertanian Daerah. Semua permohonan mestilah dibuat dengan mengisi borang (PLPB1) yang boleh di dapati di semua Pejabat Pertanian Daerah.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Pertanian/Pegawai Penguasa Pertanian Daerah untuk perakuan dan rekomendasi sebelum ianya dihantar ke Pusat ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi;

Penolong Pengarah Pertanian
Pusat Latihan Pertanian Bersepadu
Peti Surat 209
89507 Penampang

Tel : 088- 768388 / 768366 Faks : 088 - 766131

Pemohon-pemohon yang layak sahaja akan diterima oleh Pusat ini dan akan dimaklumkan dua minggu sebelum tarikh kursus bermula.

 

Top

 

 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2009
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress