1. SPPBQ Lokasi Pusat / Stesen Penyelidikan Pertanian, Sabah.
  2. SPPBQ Pusat Penyelidikan Pertanian, Tuaran
  3. Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun
  4. SPPLST Stesen Penyelidikan Pertanian, Lagud Sebrang Tenom
  5. SPPBQ Stesen Penyelidikan Pertanian, Bukit Quoin

3. Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun

3.1 Pengenalan

Jabatan Pertanian Sabah melalui Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun berperanan utama untuk menjalankan program penyelidikan kelapa sawit bagi pengeluaran biji benih sawit DxP dan menghasilkan teknologi-teknologi pengurusan tanaman bagi meningkatkan produktiviti sawit. Aktiviti-aktiviti penyelidikan juga tertumpu kepada tanaman kelapa, palma peach, bambu, tanaman herba dan kultur tisu.

 

3.2 Matlamat

  • Menjalankan penyelidikan ke atas kelapa sawit, kelapa, palma peach, bambu dan tanaman herba bagi membangunkan dan teknologi dan bahan tanaman yang berkualiti.
  • Menjalankan penyelidikan kultur tisu ke atas sawit, pisang, nanas, ubi kentang dan orkid, bagi menghasilkan bahan tanaman yang berkualiti.
  • Membekalkan bahan tanaman kelapa sawit, kelapa pandan, palma peach, plantlet/klon pisang berangan dan nanas untuk penanaman komersial.
  • Memberi khidmat nasihat kepada masyarakat petani.

3.3 Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Teknologi Pengurusan Tanaman Sawit
  • Teknologi Pengurusan Tanaman Kelapa
  • Teknologi Pengurusan Tanaman Palma Peach
  • Teknologi Pengurusan Tanaman Bambu
  • Teknologi Pengurusan Tanaman Herb

 

3.4 Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Memohon secara rasmi terus ke Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun atau Pegawai Pertanian Daerah berdekatan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Penyelidik,

Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, Peti Surat No. 1401, 90715 SANDAKAN

Tel: 089-568831/568832

Faks : 089-567833

Top

4. Stesen Penyelidikan Pertanian, Lagud Sebrang Tenom

4.1 Pengenalan

Jabatan Pertanian melalui Stesen Penyelidikan Pertanian, Lagud Sebrang Tenom memainkan peranan utama menjalankan 4 program penyelidikan iaitu penyelidikan tanaman makanan tanah pamah, tanaman minuman, tanaman hortikultur dan buah-buahan dan penternakan lebah madu/apikultur. Dan menghasilkan teknologi-teknologi pengurusan tanaman bagi meningkatkan produktiviti tanaman-tanaman berkenaan di atas. Aktiviti-aktiviti penyelidikan juga tertumpu kepada tanaman makanan tanah pamah, tanaman minuman, tanaman hortikultur dan buah-buahan dan penternakan lebah madu/apikultur.

4.2 Matlamat

  • Menjalankan penyelidikan ke atas tanaman tanah pamah, tanaman minuman, tanaman hortikultur dan buah-buahan dan penternakan lebah madu/apikultur bagi membangunkan teknologi dan bahan tanaman yang berkualit.
  • Membekalkan bahan tanaman kopi Robusta, Liberica, Catimor, Jagung, Kacang Tanah, Kacang Soya dan Sayur-sayuran terpilih ( kacang panjang, sayuran jenis buah) kepada Seksyen Pengeluaran Tanaman Kontan Jabatan Pertanian Sabah.
  • Memberi khidmat nasihat kepada masyarakat petani/pengusaha pertanian.

4.3 Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Teknologi Pengurusan Tanaman Makanan Tanah Pamah.
  • Teknologi Pengurusan Tanaman Minuman (Tanaman Kopi).
  • Teknologi Pengurusan Tanaman Hortikultur dan Buah-buahan.
  • Teknologi Pengurusan Penternakan Lebah Madu/Apikultur.

4.4 Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Memohon secara rasmi kepada Pengarah Pertanian Sabah atau kepada Pegawai Pertanian Daerah berdekatan (bagi bahan/biji-benih tanaman kopi).Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Penyelidik,

Stesen Penyelidikan Pertanian Lagud Sebrang, Peti Surat No. 197, 89908 TENOM

Tel: 087-737951 / 735661 / 737568

Faks : 087-737570

Top

5. Stesen Penyelidikan Pertanian, Bukit Quoin

5.1 Pengenalan

Jabatan Pertanian Sabah melalui Stesen Penyelidikan Pertanian, Bukit Quoin, Tawau menjalankan penyelidikan ke atas buah-buahan utama seperti durian, nanas, belimbing, betik, mangga, rambutan, duku/langsat/dokong, ciku, manggis, nangka, cempedak, sukun, salak dan tarap, dan buah-buahan nadir termasuk avokado, durian belanda, jambu air, buah delima, belimbing asam dan cermai serta koko.

Tujuan utama program penyelidikan adalah untuk membangun, memperkenalkan bahan tanaman yang berhasil tinggi, bermutu dan teknologi terkini bagi meningkatkan hasil, mutu dan mengurangkan kos pengeluaran, memaksimakan penggunaan sumber melalui sistem tanaman selingan dan juga menjalani kajian bersama di ladang petani bagi mempercepatkan dan berkesan menyebarkan teknologi bagi mewujudkan satu masyarakat tani yang berpengetahuan teknologi, progresif serta berdaya saing.

Stesen ini sentiasa menyokong pembangunan industri buah-buahan dan koko melalui perkhidmatan pembekalan teknologi, inovasi bahan-bahan tanaman asas dan perkhidmatan kepakaran.

5.2 Matlamat

  • Untuk menyediakan bahan-bahan tanaman asas (buah-buahan) yang bermutu untuk seksyen yang berkenaan memperbanyakkannya.
  • Untuk membekal bahan-bahan tanaman bermutu koko, yang mencukupi.
  • Untuk membekal teknologi dan inovasi kepada kakitangan Jabatan atau secara langsung kepada petani untuk meningkatkan pengetahuan dan minat mereka bagi pengurusan ladang yang cekap dan berkesan.
  • Untuk penyelesaian masalah dan memperbaiki pengurusan ladang melalui khidmat kepakaran.
  • Untuk menggalakkan pelabur menceburi industri Pertanian dengan tersedianya bahan-bahan tanaman bermutu yang mencukupi dan sokongan teknologi serta kepakaran yang kukuh.
  • Untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan melalui peningkatan penghasilan seunit tanah dan juga penambahan keluasan tanah.

5.3 Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Bahan-bahan tanaman asas buah-buahan terpilih seperti durian, nanas, belimbing, betik, mangga, rambutan, duku/langsat/dokong, ciku, manggis, nangka, cempedak, sukun, salak dan tarap, avocado, durian belanda, jambu air, buah delima, belimbing asam dan cermai.
  • Bahan-bahan tanaman koko
  • Pakej teknologi tanaman buah-buahan terpilih dan koko.
  • Khidmat kepakaran seperti agronomi buah-buahan terpilih dan koko.

5.4 Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Memohon secara terus ke Stesen Penyelidikan Pertanian, Bukit Quoin, Tawau atau melalui Pejabat Pertanian Daerah berdekatan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Penyelidik,

Stesen Penyelidikan Pertanian Bukit Quoin, Peti Surat No. 324, 91007 TAWAU

Tel: 089-920716/ 918752 / 918750

Faks : 089-920335 / 923411

Top

 
 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2009
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress