Teknologi & Inovasi
Pembekalan Bahan Tanaman
Latihan
 
Sijil Pertanian
Sijil Kemahiran
Latihan Petani
Latihan Dalam Perkhidmatan
Pembangunan Keluarga Tani
Penyebaran Maklumat
Pengurusan Dan Pembekalan Maklumat
Kepakaran Dan Perundingan
Penguatkuasaan
Pembangunan Komoditi
Agro-Pelancongan
 


PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN KOMODITI

1. SKIM INSENTIF PEMBAJAKAN SAWAH PADI

2. SKIM INSENTIF TANAMAN PADI BUKIT

3. SKIM INSENTIF PEMBANGUNAN TANAMAN KEKAL DAN TANAMAN SINGKAT MASA

4. INSENTIF PROGRAM MEMPELBAGAI DAN MENAMBAH PENDAPATAN PETANI (P2M2P)

5. PENGURUSAN PROJEK INDUSTRI ASAS TANI (IAT)


1. SKIM INSENTIF PEMBAJAKAN SAWAH PADI

1.1 Matlamat

  • Untuk menggalakan petani mengusahakan tanah sawah
  • Untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi
1.2 Bidang Tanaman
  • Tanaman Padi
1.3 Bentuk Bantuan
  • Insentif wang dengan kadar RM 200/ekar
  • Tanpa had kelayakan maksima
1.4 Kelayakan
  • Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri sabah
  • Berumur 18 tahun ke atas. Pemohon berumur dibawah 18 tahun dan sudah berkahwin serta memiliki tanah sawah sendiri layak memohon.
  • Memiliki tanah bergeran atau surat pengesahan untuk PT atau LA yang dikeluarkan oleh Pemungut Hasil tanah sahaja.
  • Pemohon boleh menyewa tanah bergeran atau tanah yang mempunyai surat arahan Pengukuran (SP)

1.5 Cara-cara Memohon

  • Pemohon hendaklah memohon dengan Pejabat Pertanian Daerah dengan menggunakan Borang Permohonan Subsidi Pembajakan Sawah Padi PP13.1 yang lengkap diisi.
  • Pemohon hendaklah membawa geran tanah dan kad pengenalan asal semasa pendaftaran
  • Bagi pemohon yang mengusahakan tanah PT atau LA hendaklah menyertakan surat Pengesahan PT atau LA PP13.2 yang lengkap diisi.
  • Bagi pemohon yang menyewa tanah hendaklah menyertakan salinan surat Perakuan Berkanun Penyewaan Tanah Sawah Padi PP13.3 yang lengkap diisi dan disahkan. Hanya Tanah Sawah bergeran dan tanah PT atau LA yang mempunyai surat arahan pengukuran (SP) sahaja boleh disewakan.
  • Bagi pemohon yang mengusahakan tanah waris hendaklah menyertakan surat Pengesahan Waris Tanah PP13.4

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ketua Penolong Pengarah Pertanian,

Seksyen Tanaman Padi, Aras 7, Ibu Pejabat Pertanian Wisma Pertanian Sabah

Tel: 088-283266  Faks : 088-239046

Top

2. SKIM INSENTIF TANAMAN PADI BUKIT

2.1 Matlamat

  • Untuk menggalakan dan mengekalkan keluasan penanaman padi tanah kering/bukit secara berterusan bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi di Negeri Sabah.
  • Untuk membantu penanam padi bukit mengurangkan beban kos pengeluaran

2.2 Bidang Tanaman

  • Tanaman Padi Bukit
2.3 Bentuk Bantuan
  • Bantuan Baja Diammonium Phosphate (DAP) dengan kadar 11 kg/ha/keluarga.
  • Baja Foliar 20 liter/ha/keluarga.
  • Racun Rumpai 20 liter/ha/keluarga.
  • Racun Perosak 20 liter/ha/keluarga.
  • Alat Penyembur sebuah/keluarga setiap tiga tahun.
  • Had maksima bantuan 3 ekar sekeluarga.
2.4 Kelayakan
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Negeri Sabah.
  • Berumur 18 tahun ke atas. Pemohon berumur dibawah 18 tahun, tetapi sudah berkahwin dan memiliki tanah sendiri layak memohon.
  • Memiliki tanah sendiri bergeran atau surat sewa yang sah.
  • Bersedia mematuhi polisi dan prosedur yang ditetapkan.
2.5 Cara-cara Memohon
  • Permohonan secara individu atau ketua keluarga
  • Mendaftar dengan Pejabat  Pertanian Daerah dengan menggunakan borang Pendaftaran yang lengkap BK-PK-IN PADI 1
  • Borang Pendaftaran yang lengkap diisi hendaklah disahkan oleh mana – dua orang berikut – Wakil Anak Negeri, Ketua Kampung atau Pengerusi JKK.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ketua Penolong Pengarah Pertanian,

Seksyen Tanaman Padi, Aras 7, Ibu Pejabat Pertanian Wisma Pertanian Sabah 

Tel: 088-283266  Faks : 088-239046

Top

3. SKIM INSENTIF PEMBANGUNAN TANAMAN KEKAL DAN TANAMAN SINGKAT MASA

3.1 Matlamat

  • Untuk menggalakkan para petani mengusahakan tanah mereka dengan tanaman singkat masa/kontan dan tanaman kekal.
  • Untuk memperluas dan meningkatkan pengeluaran tanaman makanan untuk keperluan dalam negeri dan eksport.
  • Untuk menambah pendapatan para petani.
3.2 Bidang Tanaman
  • Tanaman singkat masa melibatkan tanaman sayuran tanah tinggi, sayuran tanah rendah, tanaman singkat masa seperti jagung, kacang tanah, keladi, halia, keledek, ubi kayu dan sengkuang.
  • Tanaman kekal melibatkan tanaman industri (sawit, kopi, kelapa dan tebu) dan tanaman buah-buahan seperti rambutan, betik, nanas, pisang, durian, manggis, limau, tembikai, belimbing, avocado, mangga dan jambu batu.

3.3 Bentuk Bantuan

  • Bantuan pelaksanaan projek
  • Upah penyediaan tanah
  • Bekalan bahan tanaman
  • Baja dan racun kimia
  • Peralatan ladang
  • Infrastruktur ladang
  • Pondok Petani dan Unit Pengumpulan Hasil (jika perlu tertakluk kepada peruntukan tersedia)

3.4 Kelayakan

  • Warganegara Malaysia bermastautin di Sabah.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Petani dan pengusaha pertanian sedia ada / baru.
  • Mempunyai tanah milik sendiri (bergeran) atau menyewa
3.5 Cara-Cara Memohon
  • 3.5.1 Petani perlu mengemukakan permohonan secara berkelompok (3 orang atau lebih dalam satu kelompok)
    • Borang-borang permohonan boleh diperolehi di Pejabat Pertanian Daerah.
    • Borang-borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Pertanian Daerah berkenaan.
  • 3.5.2 Keluasan Minimum Dipohon
    • Tanaman Singkat Masa

    a)Tanaman Sayur-sayuran        :           1 ha       dan Cili Padi                                                        b)Tanaman Halia                       :           2 ha
    c)Tanaman Singkat Masa          :           5 ha

  • 3.5.3 Tanaman Jangka Panjang

    a)Tanaman Buah-buahan  :           5 - 10 hektar
    b)Tanaman Industri
       (sawit, kopi dan kelapa) :           5 - 10 hektar

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Pertanian,

Seksyen Pembangunan Tanaman Kekal / Seksyen Pembangunan Tanaman Singkat Masa, Aras 7, Ibu Pejabat Pertanian, Wisma Pertanian Sabah

Tel: 088-283228  Faks : 088-239046

Top

4. INSENTIF PROGRAM MEMPELBAGAI DAN MENAMBAH PENDAPATAN PETANI (P2M2P)

4.1 Pengenalan

Insentif Program Mempelbagai dan Menambah Pendapatan Petani (P2M2P) ditawarkan kepada para pengusaha Industri Asas Tani bimbingan Jabatan Pertanian Sabah. (Insentif ini bergantung kepada peruntukan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah).

4.2 Tujuan Bantuan

Bantuan ini bertujuan untuk:

  • Menggalakkan masyarakat petani, penternak, nelayan dan pengusaha industri asas tani menjalankan kegiatan-kegiatan mempelbagai dan menambah pendapatan di samping program dan projek pertanian utama yang sedang dilaksanakan.
  • Mewujudkan lebih ramai pengusaha industri asas tani berasaskan makanan.
  • Meningkatkan nilai tambah dalam sektor agro-makanan.

4.3 Kelayakan Peserta

Program ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas meliputi:-

  • Petani, penternak, nelayan dan pengusaha industri asas tani yang bertaraf mikro.
  • Penerima bantuan tahun 2005 (projek industri asas tani sahaja), 2006 dan 2007 di bawah program ini yang menunjukkan prestasi baik dan ingin mengembang / menaiktaraf projek.
  • Belia-belia termasuk siswazah.

4.4 Skop Bantuan

4.4.1 Jenis aktiviti yang layak dipertimbangkan:

  • Aktiviti industri asas tani berdasarkan makanan.
  • Aktiviti pengeluaran bahan bukan makanan seperti benih, kompos, makanan ternakan dan input pertanian lain.

4.4.2 Jenis aktiviti yang tidak dipertimbangkan:

Adalah kegiatan-kegiatan pengeluaran bahan makanan seperti penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman kontan, ternakan, akuakultur, kraftangan dan aktiviti bukan berkaitan pertanian.

4.4.3 Keutamaan bantuan

Produk yang diproses dengan menggunakan bahan mentah tempatan berasaskan tanaman, ternakan dan perikanan. Di antara produk-produk yang diberi tumpuan adalah produk-produk dalam kluster berikut:

  • Minuman/jus
  • Bakeri/pastry
  • Sos
  • Snek
  • Mi
  • Jem
  • Konfeksioneri
  • Rempah & Pra Campuran
  • Makanan Sejukbeku
  • Produk Asli
  • Hasilan Ikan
  • Hasilan Daging
  • Hasilan Susu
  • Makanan Tradisional

4.4.4. Pelaksanaan projek secara individu atau berkelompok/berkumpulan.

 

4.5 Jenis Dan Kelayakan Bantuan

Program ini dilaksanakan secara pakej bantuan keseluruhan untuk mengambil kira keperluan pembangunan sumber manusia menerusi penyediaan latihan / bimbingan dan kemudahan pemasaran di samping penyediaan modal. Jenis kemudahan bantuan yang disyorkan di bawah adalah seperti berikut:-

  • Geran
  • Latihan dan bimbingan dalam aspek teknikal, Amalan GMP, sikap/motivasi, pengurusan projek dan keusahawanan, pemasaran dan promosi; dan
  • Kemudahan dan sokongan pemasaran.

4.5.1 Kadar, syarat dan bentuk bantuan:

  • Kumpulan sasar yang memenuhi syarat layak dipertimbangkan bantuan geran bergantung kepada keperluan/kos sebenar projek yang dicadang dengan tidak melebihi RM 10,000 bagi setiap pemohon.
  • Bantuan geran diberi kepada projek baru atau menambahbaik projek sedia ada bagi pembelian mesin, peralatan, bahan pembinaan/menaiktaraf bengkel, perolehan bahan mentah (satu pusingan sahaja) dan kos perlabelan/pembungkusan dan akan diselaraskan oleh Agensi Pelaksan
  • Keutaman bantuan kepada peserta yang belum mendapat bantuan daripada sumber-sumber lain kecuali bagi mereka yang ingin mengembang/menaiktaraf projek sedia ada.
  • Bantuan ini dipertimbangkan bagi hanya seorang dalam satu isi rumah dalam premis dan alamat yang sama.

4.6 Kaedah dan Proses Momohon dan Pengedaran Bantuan Program Mempelbagai dan Menambah Pendapatan Petani

    4.6.1 Borang Permohonan

    a. Bagi memudahcara pelaksanaan program ini, DUA SET BORANG PERMOHONAN (Individu dan Kumpulan) telah disediakan bagi mendaftar kumpulan sasar yang ingin mendapat bantuan. Semua permohonan akan diselaraskan dan diuruskan oleh Jawatankuasa Kerja Peringkat Negeri. Di antara perkara penting/maklumat yang perlu diisikan dalam Borang Permohonan tersebut adalah:

    • Butir-butir pemohon
    • Status ekonomi pemohon
    • Bidang pemprosesan
    • Jenis produk
    • Jenis dan nilai bantuan
    • Akaun pemohon
    • Ulasan dan syor Agensi Penyelaras berkaitan jenis dan nilai yang dicadangkan

    b. Penilaian daya maju projek dibuat semasa pertimbangan Jawatankuasa Kerja Peringkat Negeri.
    c. Pemohon bantuan perlu mendapat sokongan dan tandatangan daripada YB Ahli Parlimen yang mewakili kawasan pemohon. Ini adalah untuk memastikan semua YB Ahli Parlimen berkaitan sedar akan program tersebut dilaksanakan di kawasan masing-masing.

    • Bagi keadaan yang tertentu, YB ADUN berkaitan dalam kawasan pemohon juga boleh menandatangani borang permohonan Program Mempelbagai dan Menambahkan Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan selain daripada Ahli Parlimen kawasan pemohon.
    • Semua permohonan juga perlu mengandungi Ringkasan Projek dan Agensi Penyelaras yang bertanggungjawab terhadap projek akan membantu petani berkenaan menyediakan Ringkasan Projek
    • Semua permohonan untuk bantuan di bawah program ini perlu dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan JK Kerja Peringkat Negeri yang dipengerusi oleh YB Ahli Exco Pertanian Negeri atau YB Menteri Pertanian (bagi negeri Sabah dan Sarawak).

4.6.2 Borang Ringkasan Permohonan

a. Untuk memudahcara Jawatankuasa Teknikal Peringkat Persekutuan membuat penilaian dan perakuan terhadap bantuan yang dipohon oleh kumpulan sasar, JK Kerja Peringkat Negeri perlu melengkapkan dan menghantar kepada JK Teknikal Peringkat Persekutuan Borang Ringkasan Permohonan berdasarkan maklumat penting dalam Borang Permohonan mengikut format yang disediakan.
b. Semua Borang Permohonan perlu disimpan oleh Agensi Penyelaras Peringkat Negeri untuk tujuan rekod dan pengauditan. Borang Permohonan tersebut tidak perlu dikemukakan kepada Urusetia Program.

4.6.3 Pengedaran Bantuan

  • Agensi Penyelarasan projek yang diluluskan akan diberi waran. Selepas waran diterima dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Agensi Penyelaras akan bertanggungjawab untuk menguruskan pembelian mesin, peralatan dan/atau perkhidmatan supaya ianya boleh diedarkan kepada pemohon untuk pelaksanaan projek. Rekod-rekod pembelian, pengedaran dan penerimaan mesti disimpan untuk tujuan semakan dan auditan.
  • Semua penerima bantuan dikehendaki untuk menandatangani Borang Aku Janji.

4.6.4 Urusetia Program
Semua permohonan yang diperakukan dan disokong oleh JK Kerja Peringkat Negeri perlu dihantar kepada alamat berikut:-

Urusetia Program Mempelbagai Dan Menambahkan Pendapatan Petani, Penternak & Nelayan
Bahagian Industri Asas Tani
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Aras 1, Wisma Tani, Presint 4
626224 Putrajaya
No. Tel: 03-88701795/1797/ No. Faks: 03-88701792

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Pertanian,

Seksyen Industri Asas Tani, Aras 7, Wisma Pertanian Sabah

Tel: 088-283212

Faks : 088-239046

 

Top

5. PENGURUSAN PROJEK INDUSTRI ASAS TANI (IAT)

5.1 Pengenalan

Projek Industri Asas Tani (IAT) adalah industri yang menambah nilai bahan mentah pertanian makanan dan bukan makanan melalui aktiviti pemprosesan untuk menjadi produk yang boleh dipasarkan, diguna atau dimakan dan dalam masa yang sama menambah pendapatan dan keuntungan pengeluar.

Perkhidmatan Pengurusan Projek IAT yang disediakan oleh Unit Pembangunan Produk dan Promosi Seksyen Industri Asas Tani, Bahagian Pembangunan Jabatan Pertanian Sabah adalah dalam pengkhususan pemprosesan/ pengeluaran makanan.

5.2 Matlamat

  • Membangun usahawan industri asas tani yang kompeten dari segi perniagaan dan kemahiran teknikal melalui pembangunan modal insan yang bersepadu.
  • Meningkatkan keupayaan pengeluaran.
  • Meningkatkan kualiti produk (rasa, kesegaran dan maklumat pemakanan).
  • Meningkatkan persembahan produk melalui perlabelan dan pembungkusan.
  • Mengembangkan pasaran melalui promosi produk IAT.

5.3 Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan yang disediakan ialah:-

  • Khidmat nasihat pembinaan bengkel asas pemprosesan makanan, mesin, peralatan dan kelengkapan bengkel.
  • Khidmat nasihat Amalan GHP dan GMP.
  • Khidmat nasihat/menyelaras untuk mendapatkan analisa maklumat pemakanan.
  • Khidmat nasihat dalam aspek perlabelan dan pembungkusan produk.
  • Khidmat nasihat perniagaan dan kemahiran teknikal.

5.4 Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Perkhidmatan ini diberi kepada para pengusaha bimbingan Jabatan Pertanian Sabah di 25 buah daerah.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Pertanian,

Seksyen Industri Asas Tani, Aras 7, Ibu Pejabat Pertanian Wisma Pertanian Sabah  

Tel : 088-283212 Faks : 088-239046

Top

 

 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2009

- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress