1. PENYIASATAN TANAH

2. PERKHIDMATAN ANALISA KIMIA

3. PELAN PEMBANGUNAN TANAH

4. MEKANISASI PERTANIAN 

4.1 PERATAAN TANAH SAWAH

4.2 PROJEK DEMONSTRASI PENGELUARAN PADI SECARA BERJENTERA

4.3 PEMINJAMAN JENTERA/MESIN/PERALATAN PERTANIAN TERPILIH

5. NASIHAT KEPAKARAN TEKNIKAL

 

1. PENYIASATAN TANAH

1.1 Pengenalan

Perkhidmatan kepakaran dan perundingan dalam bidang penyiasatan tanah oleh Jabatan Pertanian dilaksanakan oleh Bahagian Penyelidikan melalui Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah. Penyelidikan yang dilaksanakan meliputi pengkelasan tanah dan penentuan kesesuaian tanah untuk aktiviti pertanian tanaman serta penyiasatan semula gunaan tanah. Data yang diperolehi akan digunakan sebagai input bagi membangun pangkalan data tanah-tanah dan gunatanah di Negeri Sabah yang dapat menghasilkan maklumat mengenai kesesuaian tanah terhadap jenis tanaman yang sesuai dipilih untuk ditanam di sesuatu kawasan. Ini dapat mengoptimumkan penggunaan sumber tanah dan pengurusan tanah secara sistematik demi mencapai sasaran pertanian yang mampan dan mesra alam.

 

1.2 Matlamat

  • Membangun, mengurus dan menyenggara pangkalan data spatial berkaitan sumber tanah merangkumi Negeri Sabah termasuk taburan Gunaan Tanah dan Tanahtani.
  • Menyumbang kepada program dan/atau perancangan dan pelaksanaan Pelan Pengurusan, Pembangunan dan Perlindungan Alam Sekitar Negeri Sabah.
  • Menyumbang kepada pelaksanaan dan penguatkuasaan peraturan, dasar, strategi dan perundangan berhubung Pembangunan, Pengurusan dan Perlindungan Alam Sekitar Negeri Sabah.
  • Untuk menyediakan pangkalan data tanah yang berkualiti melalui program survey tanah separa terperinci (semi-detailed soil survey) dan terperinci (detailed soil survey).
  • Untuk membekalkan maklumat-maklumat kesesuaian tanah-tanaman yang meliputi aspek pengurusan tanah yang mampan untuk mempertingkatkan hasil tanaman dan menjamin penjagaan alam sekitar.

1.3 Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Membekal peta taburan guna tanah skala 1:50,000 dan 1:25,000
  • Membekal peta digital taburan tanah-tani skala 1:250,000
  • Menyediakan khidmat pemetaan khas untuk bahagian-bahagian / seksyen-seksyen di Jabatan Pertanian sahaja
  • Maklumat kesesuaian tanah-tanaman untuk sesuatu kawasan
  • Pemeriksaan kesesuaian tanah-tanaman di lapangan/ladang untuk pelbagai jenis tanaman dan khidmat nasihat langkah-langkah pengurusan tanah yang perlu dilaksanakan.
  • Pemeriksaan kesesuaian tanah/tapak untuk Persijilan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan Skim Organik Malaysia (SOM)
1.4 Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Memohon secara rasmi kepada Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah, Aras 5, Ibu Pejabat Pertanian Wisma Pertanian Sabah.
           
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Penyelidik,

Seksyen Kajian dan Pengurusan Sumber Tanah, Aras 5, Ibu Pejabat Pertanian Wisma Pertanian Sabah.

Tel: 088-283248/283226

Faks : 088-239046

Top

 

2. PERKHIDMATAN ANALISA KIMIA

2.1 Pengenalan

Perkhidmatan Analisa Kimia Pertanian merupakan perkhidmatan yang melibatkan penganalisaan sisabaki racun perosak, analisa daun & pelbagai serta analisa tanah yang dikendalikan oleh tiga makmal di Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran. Makmal-makmal tersebut ialah Makmal Sisabaki Racun Perosak, Makmal Kimia Tanah dan Makmal Daun & Pelbagai.

Makmal Sisabaki Racun Perosak di Pusat Penyelidikan Pertanian, Tuaran telah ditubuhkan di bawah fasa ke-tiga dan ke-empat Projek Racun Perosak Malaysia-German (Malaysian-German Pesticide Project – MGPP) yang bermula dari tahun 1989 hingga 1993. Projek ini telah dimulakan pada awalnya bagi melihat situasi sisabaki racun perosak di Negeri Sabah di mana penggunaan racun perosak dalam bidang Pertanian telah meningkat yang mana ianya akan memberi kesan sampingan yang tidak baik kepada manusia dan alam sekitar. Dalam tahun 2007, program penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan adalah tertumpu kepada pemantauan paras sisabaki racun perosak di dalam tanaman makanan bagi memastikan ianya adalah berkualiti dengan tidak dicemari oleh racun perosak yang berlebihan dan selamat serta sesuai dimakan. Selaras dengan Dasar Pertanian Negara yang juga merupakan dasar utama Jabatan Pertanian iaitu untuk memaksimakan pendapatan akan terus menjadi fokus utama dalam makanan utama. Oleh yang demikian, pengeluaran hasil-hasil pertanian yang berkualiti dan selamat serta sesuai dimakan menjadi salah satu keperluan untuk mencapai dasar dan matlamat ini.

 

2.2 Matlamat

  • Memantau paras sisabaki racun perosak dan memberi perkhidmatan analisis sisabaki racun perosak bagi memastikan produk-produk atau hasil-hasil pertanian tidak dicemari dengan racun perosak yang berlebihan dan selamat serta sesuai untuk dimakan.
  • Menyokong pelaksanaan program SALM (Skim Amalan Ladang Baik Malaysia) dan SOM (Skim Perladangan Organik Malaysia) untuk tujuan pengeluaran bahan tanaman makanan yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan.
  • Menyediakan perkhidmatan analitikal kimia daun, tanah dan pelbagai pada pelanggan dalaman dan luaran Jabatan.

2.3 Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

      • Analisa Racun Perosak
      • Analisa Kimia Daun
      • Analisa Kimia Tanah dan Pelbagai

 

2.4 Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Memohon secara rasmi terus ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran atau melalui Pejabat  Pertanian Daerah berdekatan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Penyelidik,

Pusat Penyelidikan Pertanian, Peti Surat No. 3, 89207 TUARAN

Tel: 088-788373 / 788590 / 787734 Faks : 088-788548

Top

 

3. PELAN PEMBANGUNAN TANAH

3.1 Pengenalan

Salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian melalui Seksyen Perancangan adalah memantau pembangunan tanah-tanah pertanian di seluruh Negeri Sabah. Ini adalah bersesuaian dengan Ordinan Tanah (Sabah) Bab 68 yang mana setiap geran-geran tanah pertanian terkandung syarat-syarat khas untuk diambil tindakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sabah.

3.2 Matlamat

Perkhidmatan ini bertujuan membantu orang awam terutama pengusaha-pengusaha ladang pertanian, pemilik/penyewa tanah yang berminat untuk membangunkan tanah-tanah milik mereka dengan tanaman yang sesuai melalui penggunaan teknik Amalan Pertanian yang baik (GAP). 

3.3 Perkhidmatan Yang Disediakan

Seksyen Perancangan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti pemprosesan kelulusan Pelan Pembangunan Tanah, pemprosesan pengesan Pembangunan Tanah bagi tujuan Pindah Milik Tanah serta pengeluaran Sijil Pembangunan Tanah bagi tanah-tanah pertanian yang  telah dibangunkan sepenuhnya.

3.4 Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan ini boleh diperolehi dengan menghubungi Unit Perundingan dan Pelaburan (088-283292) Seksyen Perancangan, Jabatan Pertanian, Aras 6, Wisma Pertanian Sabah.

 

Top

 

4. MEKANISASI PERTANIAN 

4.1 PERATAAN TANAH SAWAH

4.1.1 Pengenalan

Perataan tanah sawah dilaksanakan bertujuan mewujudkan tanah sawah yang rata bagi menyokong teknologi peningkatan hasil yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian Sabah.

4.1.2 Matlamat

  • Untuk mempromosikan teknologi perataan tanah sawah;
  • Untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pengawalan air tanah sawah;
  • Untuk mewujudkan petak sawah rata yang lebih luas;
  • Untuk menyediakan tanah sawah rata bagi pengamalan lebih berkesan pakej peningkatan hasil dan mekanisasi pengeluaran padi.

4.1.3 Perkhidmatan Yang Diberikan

  • Menyediakan tanah sawah yang rata (purata paras adalah + 2.5 sm) dan plot yang lebih besar dengan bantuan pihak kontraktor swasta.
  • Membina parit/saliran yang lebih teratur.
  • Membina kotak kawalan air (1 unit/geran).
  • Khidmat nasihat teknikal.

4.1.4 Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Jabatan Pertanian Sabah melalui Seksyen Kejuruteraan Pertanian (SKP) akan mencadangkan projek di mana-mana daerah yang sesuai seterusnya Pegawai Pertanian Daerah akan menyediakan kertas cadangan/mengemukakan maklumat yang diperlukan untuk pelaksanaan projek. SKP akan membuat pemeriksaan kesesuaian dan meluluskan pelaksanaan projek.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Pertanian,

Seksyen Kejuruteraan, Aras 7, Ibu Pejabat Pertanian Wisma Pertanian Sabah.

Tel: 088-283288

Faks : 088-239046

Top

4.2 PROJEK DEMONSTRASI PENGELUARAN PADI SECARA BERJENTERA

4.2.1 Pengenalan

Projek Demonstrasi Pengeluaran Padi Secara Berjentera dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Sabah ke arah amalan penjimatan tenaga buruh yang dipromosikan untuk tanaman padi. Ini merangkumi aktiviti intensif buruh seperti penyediaan tanah sawah, penanaman dan penuaian padi secara berjentera.

4.2.2 Matlamat

  • Untuk memperkenal dan menyebarluas teknologi penjimatan tenaga buruh/amalan mekanisasi pengeluaran padi bagi aktiviti yang intensif buruh.
  • Untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga buruh dalam melaksanakan aktiviti ladang seperti pengawalan rumpai, perosak dan penyakit dalam pengeluaran padi.

4.2.3 Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Penyediaan tanah, penanaman dan penuaian padi secara berjentera.
  • Penyeliaan secara berjadual.
  • Persampelan siasatan hasil tuaian padi.
  • Pemberian nasihat / teknikal.

4.2.4 Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Melalui Pejabat Pertanian Daerah berdekatan yang akan memastikan:-

  • Pemilihan petak demonstrasi oleh pihak Pejabat Pertanian Daerah dengan persetujuan pengusaha padi/pemilik tapak;
  • Pihak Seksyen Kejuruteraan Pertanian akan membuat pemeriksaan bersama untuk memepastikan kesesuaian petak tersebut;
  • Penyediaan Kertas Cadangan oleh Pejabat Pertanian Daerah;
  • Pemeriksaan tapak oleh Pejabat Pertanian Daerah dan Seksyen Kejuruteraan Pertanian;
  • Penganjuran kursus latihan;
  • Pelaksanaan demonstrasi oleh Seksyen Kejuruteraan Pertanian
  • Pengurusan tanaman oleh petani; dan
  • Pemantauan projek oleh Pejabat Pertanian Daerah.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Pertanian,

Seksyen Kejuruteraan, Aras 7, Ibu Pejabat Pertanian Wisma Pertanian Sabah.

Tel: 088-283288

Faks : 088-239046

 

Top

 

4.3 PEMINJAMAN JENTERA/MESIN/PERALATAN PERTANIAN TERPILIH

4.3.1 Pengenalan

Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Sabah untuk membantu petani padi mengamalkan amalan mekanisasi  untuk aktiviti insentif buruh. Peminjaman traktor dua roda kepada petani adalah untuk mengurangkan masalah tidak mendapat perkhidmatan pembajaan / peralatan/ Mesin Penuai Padi dipinjamkan bagi memendekkan tempoh tanaman padi matang ditinggalkan di ladang seterusnya mengurangkan kehilangan hasil diladang. Kursus / latihan dianjurkan untuk Juruteknik Pertanian yang bertanggungjawab melaksanakan projek sebagai satu pakej projek ini.

4.3.2 Matlamat

  • Untuk menyokong pemberian perkhidmatan pembajakan/perataan tanah sawah dan aktiviti penuaian padi.
  • Untuk memperkenal dan menyebarluaskan teknologi penjimatan tenaga buruh/amalan mekanisasi.
  • Untuk mengurangkan pergantungan penggunaan tenaga buruh dalam aktiviti penuaian padi.
  • Untuk mengurangkan kehilangan hasil tuaian melalui pemendekan tempoh tanaman padi matang berada di sawah.

    4.3.3 Perkhidmatan Yang Disediakan

    • Peminjaman Traktor Dua Roda.
    • Peminjaman Mesin Penuai Padi.
    • Peminjaman Mesin Pengupas Kelapa.
    • Penganjuran Kursus Latihan.
    • Pemberian Khidmat Nasihat teknikal

    4.3.4 Cara Mendapatkan Perkhidmatan

    Permohonan melalui Pejabat Pertanian Daerah.

    Seksyen Kejuruteraan Pertanian akan mengeluarkan pelawaan projek kepada Pegawai Pertanian/Pegawai Penguasa Pertanian Daerah. Seterusnya, permohonan dari pihak daerah akan diserahkan kepada Jawatankuasa Program Peminjaman Jentera / Mesin Peralatan Pertanian Terpilih untuk rekomendasi dan kelulusan Pengarah Pertanian Sabah.

  • Pemilihan petani layak.
  • Pemilihan kawasan yang memenuhi syarat.
  • Pelaksanaan projek oleh petani.
  • Pemantauan oleh Pejabat Pertanian Daerah dan Seksyen Kejuruteraan Pertania

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Pertanian,

Seksyen Kejuruteraan, Aras 7, Ibu Pejabat Pertanian Wisma Pertanian Sabah.

Tel: 088-283288

Faks : 088-239046

Top

5. NASIHAT KEPAKARAN TEKNIKAL

5.1 Pengenalan

Pengurusan Perkhidmatan Nasihat Kepakaran Teknikal adalah merupakan langkah-langkah perancangan, pelaksanaan dan penilaian perkhidmatan nasihat kepakaran teknikal yang disalurkan kepada pelanggan untuk memastikan langkah-langkah ini diuruskan secara sistematik, cekap dan berkesan.

5.2 Matlamat

Matlamatnya adalah untuk membekalkan khidmat nasihat yang merangkumi bidang pengurusan tanaman, perlindungan tanaman dan pengurusan kesuburan tanah, di mana pelanggan dalaman merujuk kepada anggota Jabatan Pertanian manakala pelanggan luaran adalah pengusaha-pengusaha pertanian.

Bidang tanaman adalah merangkumi aktiviti-aktiviti dan amalan-amalan agronomi tanaman.

Perlindungan tanaman melibatkan aktiviti pengenalpastian masalah-masalah yang disebabkan oleh agen-agen biotik dan seterusnya menentukan strategi-strategi pengawalan yang berkesan.

Pengurusan tanah melibatkan aktiviti penentuan status kesuburan tanah dan penentuan kaedah pembetulan masalah kesuburan tanah.
           

5.3 Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Patologi Tumbuhan
  • Entomologi
  • Fisiologi & Pemakanan Tumbuhan
  • Agronomi
  • Pengurusan Perosak
  • Pengurusan Tanah

5.4 Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Memohon secara rasmi ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran dengan surat rasmi permohonan khidmat nasihat teknikal atau melalui Pegawai Pertanian Daerah berdekatan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Penyelidik,

Pusat Penyelidikan Pertanian, Peti Surat No. 3, 89207 TUARAN

Tel: 088-788373 / 788590 / 787734

Faks : 088-788548

Top

 

 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2009
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress