Balik ke latihan


1.Kursus Latihan Petani Damai, Kota Marudu
2.Kursus Latihan Petani Lagud Sebrang, Tenom
3. Kursus Latihan Petani Ulu Dusun, Sandakan

Kursus Latihan Petani diadakan di tiga buah Pusat Latihan Pertanian iaitu Pusat Latihan Petani Damai, Kota Marudu, Pusat Latihan Petani Lagud Sebrang, Tenom dan Pusat Latihan Petani Ulu Dusun, Sandakan.

Setiap pusat latihan mengendalikan kursus berikut:

  • Kursus enam bulan untuk petani muda
  • Kursus satu minggu untuk petani dewasa.

1. Pusat Latihan Petani Damai, Kota Marudu

1.1 Lokasi

Pusat ini terletak di KM. 2 Jalan Damai/Mosolog, Kota Marudu.

1.2 Matlamat

  • Menjalankan kursus latihan kepada petani-petani muda dan dewasa mengenai asas dan amalan-amalan pertanian untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
  • Memberikan latihan kepimpinan kepada petani muda serta memupuk kesedaran di kalangan mereka bahawa bertani itu satu usaha mulia dan menguntungkan.

1.3 Jenis Kursus

1.3.1 Kursus Enam Bulan untuk Petani Muda

Mata pelajaran yang terkandung dalam kursus ini ialah:

  • Penanaman Padi
  • Pengeluaran Ayam Pedaging
  • Penanaman Jagung
  • Penanaman Kacang Tanah
  • Pembangunan Keluarga Tani
  • Penanaman Tembikai
  • Penanaman Sayur Daun
  • Penanaman Kacang Panjang

1.3.2 Kursus Satu Minggu Untuk Petani Dewasa

  • Kursus Satu Minggu yang dianjurkan adalah seperti berikut:
  • Kursus Khas Pembiakan dan Penjagaan Pokok Tanaman
  • Kursus Khas Penggunaan Racun Makhluk Perosak Dan Baja Kimia
  • Kursus Khas Penanaman dan Penjagaan Sayur-Sayuran
  • Kursus Khas Pembiakan dan Penjagaan Pokok Tanaman

Top

2. Pusat Latihan Petani, Ulu Dusun, Sandakan

2.1 Lokasi

Pusat ini terletak 1.4 km dari simpang km 49 Jalan Sandakan – Kota Kinabalu.

2.2 Matlamat

  • Menjalankan kursus latihan kepada petani-petani muda dan dewasa mengenai asas dan amalan-amalan pertanian untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
  • Memberikan latihan kepimpinan kepada petani muda serta memupuk kesedaran di kalangan mereka bahawa bertani itu satu usaha mulia dan menguntungkan.

2.3 Jenis Kursus

2.3.1 Kursus Enam Bulan untuk Petani Muda

Mata pelajaran yang terkandung dalam kursus ini ialah:

  • Penanaman Kelapa Sawit
  • Penanaman Koko
  • Penanaman Sayur Daun
  • Penanaman Kacang Panjang
  • Penanaman Jagung Flint
  • Penanaman Kacang Tanah
  • Penanaman Nenas
  • Penanaman Tembikai
  • Pengeluaran Ayam Pedaging

2.3.2 Kursus Satu Minggu Untuk Petani Dewasa

Empat Kursus Khas Pengurusan Tanaman Kelapa Sawit di tawarkan setiap tahun.

 

Top

3. Pusat Latihan Petani Lagud Sebrang, Tenom

3.1 Lokasi

Pusat Latihan Petani Lagud Sebrang, Tenom terletak 12 km dari pekan Tenom.

3.2 Matlamat

  • Menjalankan kursus latihan kepada petani-petani muda dan dewasa mengenai asas dan amalan-amalan pertanian untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
  • Memberikan latihan kepimpinan kepada petani muda serta memupuk kesedaran di kalangan mereka bahawa bertani itu satu usaha mulia dan menguntungkan.

3.3 Jenis Kursus

3.3.1 Kursus Enam Bulan untuk Petani Muda

Mata pelajaran yang terkandung dalam kursus ini ialah:

  • Penanaman Padi
  • Penanaman Jagung
  • Penanaman Koko
  • Penanaman Halia
  • Penanaman Sayur Daun
  • Penanaman Pisang
  • Penanaman Cekur Manis
  • Penanaman Kobis

3.3.2 Kursus Satu Minggu Untuk Petani Dewasa

  • Kursus Satu Minggu yang dianjurkan adalah seperti berikut:
  • Kursus Khas Penanaman Sayur Kobis Tanah Rendah
  • Kursus Khas Baja Kompos dan Sluri
  • Kursus Khas Penternakan dan Pengurusan Lebah Madu
  • Kursus Khas Pembiak-Pembiak Tanaman Buah-Buahan

3.4 Permohonan dan Kelayakan Mengikuti Kursus

3.4.1 Kursus Enam Bulan

i. Pengambilan pelatih

  • Pengambilan pelatih diadakan pada bulan Januari hingga Mei setiap tahun melalui Pegawai Pertanian/Pegawai Penguasa Pertanian Daerah.
  • Semua permohonan mestilah dibuat dengan mengisi borang (LPJ1) yang boleh didapati dari Ibu Pejabat Pertanian, Kota Kinabalu, Pejabat Pertanian Daerah dan Pusat Latihan Petani.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Pertanian/Pegawai Penguasa Pertanian Daerah untuk perakuan dan rekomendasi.
  • Pegawai Pertanian/Pegawai Penguasa Pertanian Daerah hendaklah menghantar senarai calon yang dikenalpasti serta borang permohonan yang telah lengkap diisi oleh mereka kepada Pegawai Pertanian Latihan di Ibu Pejabat Pertanian untuk diberikan tawaran tempat berkursus.

3.4.2 Kelayakan Mengikuti Berkursus


i. Warganegara Malaysia

    Tamat PMR atau sekurang-kurangnya lulus Darjah Enam
  • Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun serta masih bujang
  • Lepasan sekolah yang berminat dalam sektor pertanian
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai tanah sendiri atau keluarga
  • Mesti mempunyai tubuh badan yang sihat dan tidak menghadapi sebarang kecacatan

    ii. Kursus Satu Minggu

    Petani-petani dewasa yang ingin mengikuti kursus ini diminta menghubungi Pegawai Pertanian/ Pegawai Penguasa Pertanian Daerah atau Pusat Latihan Petani pada bila-bila masa untuk keterangan lanjut.

3.5 Cara Memohon

Borang Permohonan boleh diperolehi di Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan. Borang yang lengkap di isi hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Pertanian Daerah berkenaan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi;


Pegawai Pertanian Daerah Kota Marudu, Peti Surat No. 42, 89100 KOTA MARUDU

Tel: 088-661334 /  Faks : 088-661382

ATAU


Pegawai Pertanian Daerah Tenom, Peti Surat No. 172, 89908 TENOM

Tel : 087-735530 /  Faks : 087-735402

ATAU


Pegawai Pertanian Kanan Daerah Sandakan, Peti Surat No. 215, 90702 SANDAKAN

Tel: 089-667835/667831

Faks : 089-660370

Top

 

 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2009
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress