Balik ke latihan

LATIHAN PEMBANGUNAN TENAGA INDUSTRI
1. Institut Pertanian Sabah (IPS)
2. Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC)

1. Institut Pertanian Sabah (IPS)
1.1 Pengenalan
Institut Pertanian Sabah (IPS) adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri Sabah dan ia merupakan salah satu daripada enam Institut Pertanian Malaysia (IPM) di Malaysia. Institut Pertanian Sabah mempunyai keluasan 1,015.4 hektar yang terletak di Timbang Menggaris, Kota Belud iaitu 4.5 km dari km 100 jalan Kota Kinabalu ke Kudat.
1.2 Matlamat
- Mengeluarkan tenaga mahir dalam bidang pertanian bagi memenuhi tenaga kerja dalam sektor kerajaan dan swasta
- Memberi latihan kemahiran dan Pengkhususan untuk mewujudkan bakal usahawan pertanian
- Membantu mempercepatkan transformasi sektor pertani
1.3 Kursus Yang Ditawarkan
Institut Pertanian Sabah melaksanakan Kursus Sijil Pertanian. Sijil ini telah diiktiraf setaraf dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia pada 18 Januari 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Kursus ini mengambil masa selama dua tahun (empat semester). Setiap sesi tahun pengajian mengandungi dua semester dan setiap semester terdiri daripada 20 minggu pengajian. Kesemua enam Institut Pertanian di seluruh Malaysia menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa dan merangkumi 72 jam kredit untuk dianugerah Sijil Pertanian.
1.4 Kelayakan
Pengambilan dibuat berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah dan berumur di antara 17 hingga 25 tahun (hingga 30 tahun bagi pegawai kerajaan) pada masa kursus bermula
- Berkelulusan SPM atau SPMV atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan seperti berikut:
(a). Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan
(b). Lulus dalam mata pelajaran Matematik / Matematik Tambahan dan
(c). Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam salah satu mata pelajaran berikut:
Sains, Geografi, Sains Pertanian, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumahtangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja menggegas dan Memesin, Teknologi Binaan Bangunan, Kerja Kayu dan Bata, Teknologi Kimpalan,Teknologi Automatif, Menservis dan Membaiki Kenderaan Prinsip Perniagaan, Asas Perakaunan, Asas Pemprosesan Maklumat, Teknologi Katering, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Teknologi Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian, Perniagaan dan Keusahawanan, Asuhan Kanak-Kanak, Mengasuh dan Membimbing Kanak-Kanak, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Lanskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Matematik Tambahan, Pengajian Agroteknologi, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Makanan, Katering dan Penyajian, Lanskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Teknologi Baker Konfeksioner dan Membuat Roti & Patisserie.
(d). Berjaya dalam temuduga yang dijalankan
(e). Belum berkahwin (kecuali untuk pegawai kerajaan)
1.5 Cara Memohon
Mereka yang berminat boleh memohon apabila iklan dikeluarkan dalam akhbar utama tempatan pada bulan Mac dan pengajian bermula pada bulan Julai setiap tahun. Pemohon yang layak akan dimaklumkan melalui surat tawaran.
Borang permohonan boleh diperolehi daripada:
- Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud
- Pusat Latihan Vokasional Pertanian, Lahad Datu
- Kaunter Pertanyaan, Aras 5, Ibu Pejabat Pertanian, Wisma Pertanian, Kota Kinabalu
- Semua Pejabat Pertanian Daerah
Borang Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
Penolong Pengarah Pertanian
(Latihan Sijil Pertanian)
Institut Pertanian Sabah
Peti Surat 102
Timbang Menggaris
89158 KOTA BELUD
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Pertanian, Seksyen Latihan Vokasional,
Institut Pertanian Sabah, Peti Surat No. 102, Timbang Menggaris, 89518 KOTA BELUD (Tel: 088-968053 / 931262 / Faks : 088-931626)
 Top
2. Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC)
2.1 Pengenalan
Pusat Latihan Vokasional Pertanian ditubuhkan pada tahun 1983. Pusat ini adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri Sabah. Keluasan kawasan adalah 160 hektar dan terletak 12.8 km dari Pekan Lahad Datu.
2.2 Matlamat
- Melatih para belia dan beliawanis sebagai pekerja di peringkat sub-operatif.
- Memberi pengetahuan vokasional dalam bidang pertanian khususnya tanaman sawit dan koko kepada lepasan sekolah terutama sekali yang berasal dari luar Bandar.
- Memberi latihan daya kepimpinan dan perhubungan awam.
2.3 Kursus Yang Ditawarkan
Pusat ini melaksanakan Kursus Sijil Vokasional Pertanian secara sepenuh masa. Kursus mengambil masa selama satu tahun (dua semester) dan tiga bulan untuk latihan industri .
Bagi melayakkan para pelatih dianugerahkan Sijil Vokasional Pertanian, para pelatih diwajibkan lulus semua subjek (teori), amali, agronomi (kerja ladang) dan juga latihan industri.
2.4 Kelayakan
Pengambilan dibuat berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah
- Kelayakan Akademik paling minima Lulus SRP/PMR (keutamaan diberikan kepada mereka yang memilik SPM / SPVM)
- Berumur 19 dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh kemasukan dan masih bujang
- Keutamaan kepada belia dan beliawanis yang berasal dari luar Bandar dan mempunyai latarbelakang pertanian
- Mempunyai tubuh badan yang sihat dan tidak memiliki sebarang kecacatan.
- Berjaya dalam temuduga yang dijalankan
2.5 Cara Memohon
Mereka yang berminat boleh memohon apabila iklan dikeluarkan dalam akhbar utama tempatan pada bulan November setiap tahun.
Borang permohonan boleh diperolehi daripada:
- Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud
- Pusat Latihan Vokasional Pertanian, Lahad Datu
- Kaunter Pertanyaan, Aras 5, Ibu Pejabat Pertanian, Wsma Pertanian, Kota Kinabalu
- Semua Pejabat Pertanian Daerah
Borang Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
Penolong Pengarah Pertanian (Latihan Sijil Pertanian) Institut Pertanian Sabah Peti Surat 102 Timbang Menggaris 89158 KOTA BELUD
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Pertanian, Seksyen Latihan Vokasional,
Institut Pertanian Sabah, Peti Surat No. 102, Timbang Menggaris, 89518 KOTA BELUD
Tel: 088-968053 / 931262 / Faks : 088-931626
 Top
|