Dalam pada kita sibuk untuk memastikan pencapaian matlamat,misi dan visi organisasi, pelaksanaan tugas seharian juga menuntut kita melaksanakan fungsi memungut, mentafsir dan menyebar maklumat. Tidak kira di mana kita bertugas dan apa jawatan yang di sandang, kita kini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usaha mewujudkan kumpulan pengurusan dan pekerja yang berpengetahuan. Tuntutan masyarakat pada zaman siber ini menjurus kepada penyediaan maklumat yang mudah dicapai dan secara real time. Selaras dengan era globalisasi, penyebaran maklumat berlandaskan ketelusan dan pengeluaran data yang bertepatan masa adalah perlu demi mencapai kecemerlangan dalam pembangunan.Laman web ini terbuka kepada para pelajar, penyelidik untuk mencari maklumat dan melayarinya untuk penambahan ilmu.
Diharapkan dengan wujudnya laman Institusi Pertanian Sabah ini, akan membuka peluang kepada institusi untuk terus mara ke hadapan dalam industri pertanian dan industri pengeluaran hasil bagi menyahut sahutan kerajaan untuk menjadi penyumbang utama kepada kemajuan negara. Kesudian anda untuk melayari laman web ini ini adalah dialu-alukan.