LAMAN UTAMA
 
MENGENAI IPS
  Perutusan Pengetua
Latarbelakang IPS
Direktori IPS
Akademik
Unit Ladang
Bidang Pengkhususan
Hal Ehwal Pelajar
Galeri Gambar
Alumni IPS
 
BORANG
   
     
       
PAUTAN
 

Jabatan Pertanian Sabah
Laman Sabah.Gov

 
  Sejarah Ringkas | Visi | Misi | Objektif | Motto
 

INSTITUT PERTANIAN SABAH

 

SEJARAH RINGKAS

Institut Pertanian Timbang Menggaris telah ditubuhkan pada mulanya sebagai sebuah Sekolah Vakasional Pertanian pada 20 Mac 1970, bertempat di bangunan sementaranya di Pusat Latihan Pertanian, Tuaran. Kumpulan pertama seramai 55 orang dari seluruh pelusuk negeri ini telah memulakan kursus yang memakan masa 3 tahun di tempat tersebut.

Pada tahun 1971, bilangan pelajar telah bertambah dengan kemasukan kumpulan kedua. Pada masa ini pelajar tahun kedua ditempatkan di Pusat Latihan Luar Bandar Tamu Darat, Kota Belud manakala pelajar tahun pertama di Pusat Latihan Pertanian Tuaran.

Pada tahun 1972 dan 1973, kesemua kelas bagi tahun Pertama, Kedua dan Ketiga diadakan di Tuaran dengan menggunakan bangunan Pusat Latihan Orang-Orang Buta.

Pada Mei 1974, Sekolah Vokasional Pertanian ini telah berpindah ke tapak tetapnya di Timbang Menggaris, Kota Belud, iaitu 4.5 km dari km 100 jalan Kota Kinabalu - Kudat.

Sekolah ini mula dikenali sebagai Institut Pertanian Sabah pada Januari 1980 yang mana kurikulum latihannya diselaraskan dengan Kurikulum Kursus Sijil Pertanian Semenanjung Malaysia dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai setaraf dengan Institut Pertanian Semenanjung Malaysia.

Institut ini dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Negeri di bawah Cawangan Latihan dan Pendidikan. Ketua Pegawai Pertanian (Pendidikan) yang juga selaku Pengetua Institut ini adalah bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengendalian Institut ini.

Pada tahun 1996, Institut Pertanian Sabah telah memulakan lembaran baru dimana tempoh berkursus di Institut ini disingkatkan daripada tiga tahun kepada dua tahun sahaja. Kokurikulum yang diajar adalah selaras dengan semua Institut Pertanian Semenanjung Malaysia termasuk Sarawak. Dalam pada itu, Sijil Pertanian yang diperolehi dari Institut Pertanian Sabah adalah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai setaraf dengan Sijil Politeknik dari Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan untuk maksud lantikan ke Jawatan Pembantu Pertanian dalam Perkhidmatan Awam.

Di seluruh Malaysia terdapat enam (6) buah Institut Pertanian yang memberi latihan Sijil Pertanian kepada para belia/beliawanis. Daripada jumlah ini, empat (4) buah Institut terletak di Semenanjung Malaysia , sebuah (1) di Negeri Sabah dan sebuah (1) lagi di Negeri Sarawak.

MATLAMAT

 i. Memberi latihan pertanian untuk mengeluarkan Juruteknik Pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga pekerja mahir di sektor awam dan swasta.

ii. Memberi latihan kemahiran dan pengkhususan kepada pelajar untuk mewujudkan bakal usahawan pertanian.

 

 
     
       
© Hakcipta Institut Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sabah
PENAFIAN: Institut Pertanian Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.