LAMAN UTAMA
 
MENGENAI IPS
  Perutusan Pengetua
Latarbelakang IPS
Direktori IPS
Akademik
Unit Ladang
Bidang Pengkhususan
Hal Ehwal Pelajar
Galeri Gambar
Alumni IPS
 
BORANG
   
     
       
PAUTAN
 

Jabatan Pertanian Sabah
Laman Sabah.Gov

 


Unit Ladang
| Tanaman | Hortikultur | Ternakan | Kejuruteraan Pertanian

 

UNIT LADANG


Unit Ladang Institut Pertanian Sabah

Institut termasuk ladang mempunyai keluasan 1,051.4 hektar. Ladang Institut adalah meliputi kawasan tanaman dan penternakan. Setakat ini keluasan ladang yang telah dimajukan ialah lebihkurang 230.93 hektar.

Pada amnya tujuan mewujudkan ladang ini ialah untuk menyediakan kawasan latihan amal yang terkandung dalam subjek kemahiran dan pengkhususan yang meliputi bidang Pengurusan Tanaman; Hortikultur, Ternakan, Kejuruteraan Pertanian dan Projek Pengkhususan. Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti am ladang adalah merangkumi penanaman dan pengurusan tanaman, pengeluaran dan pemasaran hasil tanaman; pengeluaran dan pengurusan ternakan, memajukan dan menguruskan rumput-rumput pastura, mekanisasi ladang dan projek-projek pengkhususan bercorak komersil.

Kesemua latihan amal di ladang ini dijalankan bagi mencapai objektif objektif berikut :-

  • Memberi kemahiran dalam teknik pengurusan tanaman dan ternakan.
  • Menanam minat para pelajar terhadap kerja-kerja ladang.
  • Membolehkan pelajar menyalurkan pengetahuan mereka secara saintifik, betul, efektif dan berkesan.
  • Untuk mendedahkan pelajar kepada keadaan sebenar dalam mengusahakan projek secara komersil.
  • Bagi membolehkan para pelajar menghargai 'nature' ekosistem ladang.
 

INGINKAN MAKLUMAT LANJUT ?

Melawat lah ke :-

INSTITUT PERTANIAN SABAH
TIMBANG MENGGARIS
P/SURAT 102 89158
KOTA BELUD SABAH

 
 
       
© Hakcipta Institut Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sabah
PENAFIAN: Institut Pertanian Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.