TANAMAN JANGKA PANJANG Kelapa Sawit Nama saintifik : Elaeis guineensis
famili : Palmae
Asal : Pantai Barat Afrika, dari Guinea, Zaire, Uganda dan Tanzania  Hasil kelapa sawit dituai oleh para pekerja dan dihantar ke kilang berdekatan iaitu di Kota Marudu. Ladang kelapa sawit ini menjadi sumber hasil penting Institut Pertanian Sabah kerana potensinya yang tinggi. Persekitaran ladang ini kelihatan sentiasa bersih kerana terdapatnya pengawal rumpai semulajadi iaitu lembu-lembu yang meragut rumput di ladang ini. Koko Nama saintifik : Theobroma cocoa Tanaman koko yang terdapat di Institut Pertanian Sabah terletak bersebelahan dengan tanaman kopi dan menggunakan pokok Glirisidia sebagai pokok pelindung khususnya pada peringkat koko masih muda. Koko seringkali digunakan dalam pembuatan bahan makanan seperti coklat dan biskut.
Kopi Pokok kopi yang ditanam di IPS adalah pokok kopi Robusta dan Liberika.
Kelapa Nama saintifik : Cocos nucifera Pokok kelapa mulai berbunga & berbuah apabila ianya berumur 7 tahun & berbuah dengan pesat 10-12 tahun selepas ditanam.

Kelapa dijadikan kopra untuk mendapatkan hasil minyaknya. Pokok kelapa di IPS ditanam di antara barisan-barisan pokok koko dan menjadi pokok pelindung pada peringkat awal kepada tanaman koko.
Getah Nama saintifik : Hevea brasiliensis
 Pokok getah merupakan tumbuhan saka yang boleh mencapai umur sehingga 30-40 tahun.Pada masa kini industri getah semakin meningkat kerana permintaan dunia yang banyak. Harga getah mencecah sehingga RM4.50 sekilogram bagi getah yang telah diasap. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TANAMAN JANGKA PENDEK Padi
-
Tanaman penting di sekitar IPS, Timbang Menggaris dan Seluruh Daerah K.Belud
-
Sebuah pusat pembiakan benih padi telah dibina di IPS untuk tujuan pembiakan benih padi yang berkualiti.
-
Seksyen Kejuruteraan Pertanian, Stesen Mekanisasi Padi Binaong, Keningau telah mencipta sejenis alat pengutip telur dan Siput Gondang Emas yang dikenali sebgai 'Sauk' hasil inovasi kumpulan 'SPANA' iaitu merupakan salah satu Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Jabatan Pertanian Sabah.
Jagung & Kacang Tanah
- Dijalankan oleh penuntut IPS sebagai salah satu projek amali mereka
Sayur-sayuran
- Tomato, Cili, Sayur Pahit, Sayur Bunga
- Sistem hidroponik & Fertigasi
- Dijalankan oleh penuntut IPS sebagai salah satu projek amali mereka

Pisang
- Jenis sulur seperti pedang, dara dan payung
Nenas & Betik
- Kumpulan nenas yang ditanam di IPS adalah dari kumpulan Sarawak, Moris,
Spanish dan Josephine
 Tanaman lain Buah-buahan IPS Institut Pertanian Sabah juga mempunyai banyak jenis buah-buahan. Antaranya ialah buah belimbing, mangga, rambutan, durian, jambu batu, jambu air, dan banyak lagi.
|