LAMAN UTAMA
 
MENGENAI IPS
  Perutusan Pengetua
Latarbelakang IPS
Direktori IPS
Akademik
Unit Ladang
Bidang Pengkhususan
Hal Ehwal Pelajar
Galeri Gambar
Alumni IPS
 
BORANG
   
     
       
PAUTAN
 

Jabatan Pertanian Sabah
Laman Sabah.Gov

 
 
Lanskap
| Pengurusan Ternakan | Mekanisasi Ladang | Pengurusan Estet
Teknologi Memproses Hasil Pertanian | Teknologi Pengeluaran Makanan

 


TEKNOLOGI PENGELUARAN TANAMAN MAKANAN

 


Mata pelajaran ini menghendaki penuntut melaksanakan projek-projek yang melibatkan tanaman makanan seperti sayur-sayuran dan tanaman jangka pendek. Pelaksanaan projek-projek ini merangkumi segala aspek amalan teknologi yang dipelajari dari segi agronomi, perlindungan tanaman, pengurusan tanah, sistem penanaman dan juga penggunaan prinsip-prinsip pascatuai, pemasaran dan perniagaan tani.

Matlamat umum

  1. Penuntut dapat mempraktikkan teknologi dan prinsip-prinsip pengeluaran tanaman makanan dan penyediaan kompos dengan menggunakan kaedah yang telah dipelajari.

  2. Penuntut dapat menimba pengalaman dalam bidang perancangan, pelaksanaan dan penilaian projek pertanian yang juga melibatkan prinsip-prinsip perniagaan tani dan pemasaran hasil.

  3. Memupuk sikap keusahawanan di kalangan penuntut-penuntut.

Matlamat latihan

  1. Penuntut boleh merancang aktiviti yang akan dijalankan dengan membuat jadual kerja, keperluan tenaga kerja, belanjawan bidangusaha dan ladang serta aliran wang tunai.

  2. Penuntut boleh membuat keputusan, mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang timbul secara berkumpulan.

  3. Penuntut boleh bekerja secara sistematik berdasarkan kepada perancangan yang telah disediakan.

  4. Penuntut boleh memupuk sikap kerjasama dalam kumpulan dan antara kumpulan.

  5. Penuntut boleh menggunakan sumber-sumber yang ada dengan cekap dan berkesan dalam pelaksanaan projek.

  6. Penuntut boleh mendalami kemahiran ladang dalam bidang pengeluaran tanaman makanan dan kompos / baja organik dengan menggunakan teknologi tinggi.

Jenis aktiviti

Kumpulan-kumpulan pelajar akan menjalankan projek dalam bidangusaha seperti berikut:

    1. Tanaman Hidroponik (Fertigasi)
      Satu kaedah penanaman sayur-sayuran tanpa menggunakan tanah (soilless culture) dengan menggunakan sistem pengairan titis. Aktiviti penanaman dijalankan di bawah lindungan dimana jumlah air hujan dan kelembapan adalah dalam keadaan terkawal.

    2. Tanaman Sayur dibawah Pelindung Hujan dan Kalis Serangga (Atas tanah)
      Satu kaedah penanaman sayur-sayuran terutamanya sayur daun dan sayur buah tanpa menggunakan tanah (soilless culture). Aktiviti penanaman dijalankan dalam kawasan lindungan hujan dan kalis serangga dimana jumlah air hujan dan kelembapan adalah terkawal dan membolehkan tanaman melakukan pendebungaan sendiri.

    3. Tanaman Singkat Masa atau Sayur Buah atas Tanah
      Melibatkan projek penanaman tanaman singkatmasa seperti kacang tanah, jagung dan sayur buah.

    4. Sayur Crusifers
      Melibatkan projek penanaman sayur crusifers.

    5. Pengeluaran Kompos atau Baja Organik
      Melibatkan projek penghasilan/pengeluaran kompos atau baja organik melalui pereputan bahan-bahan organan; misalnya sisa tanaman dan najis haiwan oleh beberapa jenis organisma seperti bakteria dan fungus.


 
     
       
© Hakcipta Institut Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sabah
PENAFIAN: Institut Pertanian Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.