Mata pelajaran ini menghendaki pelajar melaksanakan projek-projek yang melibatkan landskap dan hortikultur. Pelaksanaan projek-projek ini merangkumi segala aspek teori dan praktikal yang dipelajari dari segi pengenalan dan pengurusan tanaman hiasan, rekabentuk dan penterjemahan pelan landskap serta penilaian kos projek landskap.
Matlamat Umum
-
Pelajar mengetahui matlamat dan unsur-unsur landskap.
-
Pelajar-pelajar dapat merancang (merekabentuk), membaca dan melukis sebuah pelan landskap.
-
Pelajar dapat menggabungkan elemen landskap kejur (handscape) dan landskap lembut (softcape) didalam melaksanakan projek-projek landskap.
Matlamat Latihan
-
Pelajar dapat mengenal, menamakan tanaman hiasan secara nama sains untuk melengkapkan mereka mengenalpasti pokok tanaman hiasan.
-
Pelajar dibimbing untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan dalam kampus dan luar kampus.
-
Pelajar boleh mengenalpasti dan membaca pelan landskap serta menggunakannya semasa membuat projek.
-
Pelajar telah boleh membaca pelan, menterjemahkannya dan membuat penilaian kos projek.
Jenis Aktiviti :
i. Kawasan Angkat (Dalam Kampus)
Projek ini memerlukan pelajar mengetengahkan idea pembangunan pada kawasan angkat (Semester III) dan melakukan kerja-kerja pengurusan yang biasa dijalankan pada kawasan angkat tersebut (Semester IV).

ii. Koleksi Album
Projek ini memerlukan setiap pelajar mengenal dan mengetahui nama-nama beberapa spesis pokok tanaman hiasan termasuklah nama biasa dan nama sains. Pengenalan ini boleh dilakukan samada melalui bentuk pokok, daun, bunga, buah, warna dan lain-lain. Disamping itu, pelajar akan menyediakan dan menghantar dengan lengkap 80 keping gambar yang mengandungi komposisi seperti pokok-pokok landskap, tanaman hiasan akuatik, gambar-gambar perabot taman dan juga gambar-gambar bentuk landskap. iii. Projek Landskap
Projek ini memerlukan kumpulan pelajar mendapatkan projek-projek landskap didalam atau diluar kawasan Institut. Ini akan memberi pendedahan kepada pelajar untuk berkomunikasi, berinteraksi dengan sihat serta dapat menilai sesuatu projek berdasarkan pelan-pelan yang dibuat dan mengira jumlah kos yang terlibat dan keuntungan diperolehi.
|