LAMAN UTAMA
 
MENGENAI IPS
  Perutusan Pengetua
Latarbelakang IPS
Direktori IPS
Akademik
Unit Ladang
Bidang Pengkhususan
Hal Ehwal Pelajar
Galeri Gambar
Alumni IPS
 
BORANG
   
     
       
PAUTAN
 

Jabatan Pertanian Sabah
Laman Sabah.Gov

 
 

Lanskap | Pengurusan Ternakan | Mekanisasi Ladang | Pengurusan Estet
Teknologi Memproses Hasil Pertanian | Teknologi Pengeluaran Makanan

 

 

PENGURUSAN ESTET

 


Mata pelajaran ini menghendaki penuntut melaksanakan projek-projek yang melibatkan tanaman jangka panjang seperti kelapa sawit, getah, koko, kopi dan kelapa.Pelaksanaan projek-projek ini merangkumi segala aspek amalan teknologi yang dipelajari dari segi agronomi, perlindungan tanaman, pengurusan tanah, sistem penanaman dan juga penggunaan prinsip-prinsip pascatuai, pemasaran dan perniagaan tani.




Matlamat umum

  1. Untuk melengkapkan penuntut dengan pengetahuan asas Pengurusan Estet untuk persediaan semasa bekerja dalam sektor perladangan.

  2. Untuk melengkapkan penuntut dengan pengetahuan asas Pengurusan Estet supaya mereka boleh berinteraksi semasa bekerja dalam sektor perladangan.

Matlamat khusus

  1. Memberi pengetahuan kepada penuntut supaya mereka boleh mengenali beberapa sistem perladangan yang terdapat di Malaysia.

  2. Memberi pendedahan kepada penuntut mengenai fungsi beberapa agensi yang ada hubung kait dengan sektor perladangan.

  3. Memberi pengetahuan kepada penuntut mengenai tatacara penggunaan pekerja, persediaan bekerja dan amalan bekerja di sektor perladangan.

  4. Mendedahkan penuntut kepada kaedah pengawasan dan kawalan pekerja ladang.

  5. Memberi maklumat ternikal Pengurusan Ladang.

Jenis Aktiviti

  1. Lawatan

    Pelajar akan mengadakan lawatan ke salah satu agensi perladangan sama ada estet, estet mini atau pun ladang berkelompok dan akan membuat laporan diakhir lawatan.
    Pelajar juga akan mengadakan lawatan ke salah satu agensi yang berkaitan dengan perladangan (MARDI, LPP, FELCRA, BPM dan lain-lain) dan membuat laporan pada akhir lawatan.

  2. Projek

    Satu bidang usaha/ kawasan(kelapa sawit, getah, koko, lada hitam, kolam ikan atau kawasan baru) di Institut akan diberikan oleh pensyarah untuk diusahakan oleh penuntut secara berkumpulan mengikut bilangan bidang usaha yang ada atau yang dipilih. Satu cadangan program pembangunan di kawasan (bidang usaha) yang dipilih kemudiannya akan disediakan oleh penuntut berdasarkan keadaan ladang/bidang usaha tersebut. Aktiviti yang boleh dirancangkan untuk kawasan tersebut adalah seperti pembajaan, pemangkasan, kutipan hasil lain-lain.



 
     
       
© Hakcipta Institut Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sabah
PENAFIAN: Institut Pertanian Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.