LAMAN UTAMA
 
MENGENAI IPS
  Perutusan Pengetua
Latarbelakang IPS
Direktori IPS
Akademik
Unit Ladang
Bidang Pengkhususan
Hal Ehwal Pelajar
Galeri Gambar
Alumni IPS
 
BORANG
   
     
       
PAUTAN
 

Jabatan Pertanian Sabah
Laman Sabah.Gov

 
   
  PENANAMAN CENDAWAN
   
 

Proses Penanaman Cendawan

1. PENYEDIAAN BEG CENDAWAN

Bahan/Peralatan:


Habuk Kayu Getah

Dedak Halus

Kapur Pertanian

Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)

Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)

Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat

Cara:

1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1

2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.

3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.

4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas

surat khabar lama dan diikat dengan getah.

 

2. PENGUKUSAN BEG CENDAWAN

Bahan/Peralatan:

Tong Drum,Set Dapur Gas

Cara:

1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.

2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.

3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.

4. Kukus 5-6 jam.

5. Sejukkan sebelum disuntik benih.

 

3. PENYUNTIKAN BENIH

Bahan/Peralatan:

Benih Cendawan

Pencungkil Benih

1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.

2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.

3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan

   tutup kembali mulut beg cendawan.

4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari

   cahaya matahari)

5.Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).

 

4. MEMUNGUT HASIL

 

1.Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.

2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).

3.Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan

  kelembapan dan merendahkan suhu.

4.Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi

   berombak-ombak.

5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.

 

       
© Hakcipta Institut Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sabah
PENAFIAN: Institut Pertanian Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.