LAMAN UTAMA
 
MENGENAI IPS
  Perutusan Pengetua
Latarbelakang IPS
Direktori IPS
Akademik
Unit Ladang
Bidang Pengkhususan
Hal Ehwal Pelajar
Galeri Gambar
Alumni IPS
 
BORANG
   
     
       
PAUTAN
 

Jabatan Pertanian Sabah
Laman Sabah.Gov

 
 


Mata Pelajaran
| Rangka Kursus | Penilaian Kursus | Pengambilan Pelajar | Takwim Institut

 

PENGAMBILAN PELAJAR

Pengambilan pelajar baru diiklankan di akhbar tempatan pada bulan Mac setiap tahun. Semua permohonan mestilah dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati dari Institut Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Daerah atau Ibu Pejabat Pertanian Kota Kinabalu (Bahagian Latihan). Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

Penolong Pengarah Pertanian,
(Latihan sijil pertanian)
Institut Pertanian Sabah,
Timbang Mengaris,
Peti Surat 102,
89158 Kota Belud

Pemohon yang layak akan dimaklumi melalui surat tawaran. Tahun pengajian di Institut bermula pada bulan Jun / Julai setiap tahun.

Temuduga Pengambilan Pelajar Baru

KELAYAKAN MENGIKUTI KURSUS

Syarat kelayakan untuk mengikuti kursus Sijil Pertanian adalah seperti berikut:-

(i) Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan berumur diantara 17 hingga 25 tahun (hingga 30 tahun bagi Pegawai Kerajaan) pada masa kursus bermula.

(ii) Berkelulusan SPM atau SPMV atau setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut:-

(a) Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan);
(b) Lulus dalam Mata Pelajaran Matematik
(c) Kepujian dalam salah satu Matapelajaran berikut:-

Sains, Geografi, Sains Pertanian, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas. Ekonomi Rumahtangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Teknologi Binaan Bangunan, Kerja Kayu dan Bata, Teknologi Kimpalan, Teknologi Automatif, Menservis dan Membaiki Kenderaan, Prinsip Perniagaan, Asas Perakaunan, Asas Pemprosesan Maklumat, Teknologi Katering, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Teknologi Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian, Perniagaan dan Keusahawanan, Asuhan Kanak-Kanak, Mengasuh dan Membimbing Kanak-Kanak, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang dan Pengurusan Ladang.

Syarat-syarat Kemasukan Yang Lain

Calon-calon mestilah:-

  1. Berjaya dalam temuduga seperti yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pengambilan Pelajar untuk menilai kelayakan mereka mengikuti pengajian di Institut;
  2. Menunjukkan bukti dalam borang yang disediakan oleh Institut bahawa mereka adalah cukup sihat dan berupaya untuk mengikuti pengajian dan
  3. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh pihak Institut Pertanian Sabah dari masa ke semasa.

 

       
© Hakcipta Institut Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sabah
PENAFIAN: Institut Pertanian Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.