Bahagian Pengesahan Jawatan
Anggota yang layak disahkan dalam jawatan adalah:
- telah dilantik atau yang telah diserapkan ke dalam jawatan tetap dengan tempoh percubaan selama 1 - 3 tahun (SSM) / 3 tahun (SSB);
- telah memenuhi syarat seperti yang ditetapkan dalam surat pelantikan dan Skim Perkhidmatan jawatan berkenaan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan.
Pegawai yang tidak dapat disahkan dalam jawatan dalam tempoh yang ditetapkan kerana belum memenuhi syarat skim perkhidmatan hendaklah mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh percubaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah melalui Ketua Jabatan tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh percubaannya, dengan memberi sebab-sebab kenapa dia tidak dapat disahkan dalam jawatannya.
Sila rujuk Peraturan 28 & Peraturan 30, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008, Bahagian II.
Pada lazimnya semua perakuan pengesahan jawatan dan pemberian taraf berpencen diproses dalam masa 14 hari daripada tarikh perakuan itu daripada Ketua Jabatan diterima oleh SPANS. Kelewatan berlaku disebabkan beberapa faktor seperti maklumat dan dokumen yang tidak lengkap dan masalah teknikal seperti peralatan Sistem ICT.
Jawatan: Pengawas Lalulintas Keretapi Gred A11
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam jawatan apabila telah:
(a) | Memenuhi tempoh percubaan selama 1 – 3 tahun; |
(b) | Hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda; |
(c) | Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Bagi Pengawas Lalulintas Keretapi Gred A11, Jabatan Keretapi Negeri Sabah ; dan |
(d) | Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan. |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |