Bahagian Memangku

FAQs - Bahagian Memangku

Pegawai yang telah dilantik memangku tetapi tidak memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipangku, pelanjutan memangkunya akan diteruskan setahun ke setahun tertakluk kepada mendapat perakuan Ketua Jabatan.

Kekananan seorang pegawai adalah berdasarkan kepada pencapaian purata markah penilaian prestasinya bagi tempoh tiga tahun berturut-turut yang terakhir dan bukannya berdasarkan tarikh pegawai berkenaan dilantik ke jawatan hakikinya.

Markah prestasi yang dianggap sebagai  “mencapai tahap prestasi yang ditetapkan” seperti yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan adalah purata 85% ke atas daripada pencapaian purata markah penilaian prestasi  tiga tahun berturut-turut yang terakhir.

Syarat mandatori adalah hendaklah terdapat kekosongan jawatan yang wujud contohnya disebabkan oleh pewujudan jawatan baru, penyandang hakikinya memangku jawatan yang lebih tinggi atau bersara dari perkhidmatan.

Sebarang pertanyaan lanjut hubungi kami di 088-255877

 


Kerajaan Negeri Sabah myGovernment MSC Malaysia SPA Malaysia

DASAR KESELAMATAN |   DASAR PRIVASI  |  PENAFIAN  |  NOTIS HAK CIPTA  |    PETA LAMAN
Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768. |
© Hak Milik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah