Bahagian Kenaikan Pangkat

FAQs - Bahagian Kenaikan Pangkat

Seorang penjawat awam layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi yang kosong apabila telah:-

(a) disahkan dalam perkhidmatan

(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(c) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan

(d) diperaku oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan

Syarat-syarat lain yang perlu dipenuhi adalah:

(a) memenuhi tempoh perkhidmatan 15 tahun;

(b) bebas daripada tindakan tatatertib;

(c) telah mengisytiharkan harta; dan

(d) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tidak. Tempoh 15 tahun perkhidmatan yang boleh diambilkira ialah tempoh pegawai berkhidmat di gred lantikan dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama, tidak termasuk tempoh percubaan dengan berdenda.?

Tempoh pegawai berkhidmat tidak menjadi kriteria utama untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat. Ini kerana kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah berasaskan merit. Selain daripada itu, perkara-perkara berikut juga diambilkira:-

(a) kecekapan dan prestasi kerja pegawai;

(b) kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengelaman pegawai; dan

(c) sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai.

Kekanan pegawai hanya akan diambilkira jika terdapat dua atau lebih pegawai mempunyai kebolehan yang sama.?

Sebarang pertanyaan lanjut hubungi kami di 088-255877

 


Kerajaan Negeri Sabah myGovernment MSC Malaysia SPA Malaysia

DASAR KESELAMATAN |   DASAR PRIVASI  |  PENAFIAN  |  NOTIS HAK CIPTA  |    PETA LAMAN
Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768. |
© Hak Milik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah