VISI DAN MISI

Visi

Perkhidmatan Awam Negeri yang berwibawa dan serba boleh yang dapat memainkan peranan dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Misi

  • Memilih anggota Perkhidmatan Awam yang terbaik;
  • Memastikan perkhidmatan mereka teratur; dan
  • Mengekalkan tahap disiplin yang tinggi.

 

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH

Pengenalan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah. SPANS.

Pelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di bawah  Perkara 36(1) dan Perkara 36(2) Perlembagaan Negeri Sabah. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas berunding dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah boleh melantik seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak melebihi 8 orang Ahli. Pada masa ini Ahli-ahli SPANS terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 7 orang Ahli.

Bagi melicinkan proses tadbir urus, SPANS di bawah Perkara 37(7) Perlembagaan Negeri Sabah boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Bagaimanapun tanggungjawab mutlak (Ultimate Responsibility) masih terletak pada SPANS bagi menentukan perwakilan kuasa itu dilaksanakan dengan teratur.

PERUTUSAN PENGERUSI SPANS

Selamat datang ke Laman Web SPANS

Pengaruh dan perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ke atas segenap aspek kehidupan kita sekarang sangat ketara. Cara kita berkomunikasi dan berurusan telah dan akan terus berubah dengan pesatnya dengan perkembangan ini. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) sentiasa peka kepada perubahan yang berlaku di dalam persekitaran itu. Sebagai sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bertanggungjawab terhadap pemilihan anggota Perkhidmatan Awam, perkhidmatan mereka yang teratur dan disiplin tinggi,  SPANS sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan cepat dan menepati keperluan pelanggannya.

Laman Web SPANS  kini berwajah baru selaras dengan komitmen bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti demi memuaskan kehendak pelanggan-pelanggan SPANS iaitu para anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan orang ramai. Kini, Laman Web SPANS lebih mesra pengguna dalam menyediakan maklumat-maklumat mengenai keahlian, organisasi, tanggungjawab dan aktiviti-aktiviti SPANS  termasuk berita bergambar.

Pewujudan laman web ini diharap akan dapat memberikan maklumat dan kemudahan kepada para pelanggan untuk berurusan dengan SPANS. Maklumat-maklumat di dalam web ini amat berguna kepada orang ramai untuk memahami fungsi-fungsi SPANS. Ia juga merupakan sumber maklumat kepada  sesiapa sahaja yang ingin mengetahui peranan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh SPANS. Laman web ini turut menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan.

Saya berharap orang ramai dapat melayari Laman Web SPANS  bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan mengenai SPANS.

Dengan ikhlas,

DATUK ISMAIL AWANG BESAR, JP
Pengerusi

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

CARTA ORGANISASI AHLI-AHLI DAN PENGURUSAN
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH



AHLI-AHLI DAN SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH

Berdiri dari kiri: YBhg. Datuk Yeo Boon Kiat (Ahli), YBhg. Datuk Filik bin Madan @ Esong (Ahli), Tuan Haji Salimi @ Mohd Salimi bin Maralim, JP (Ahli), Tuan Haji Mohd Hanan bin Ramli, JP (Ahli)
Duduk dari kiri: YBhg. Datuk Claudius Roman, JP (Timbalan Pengerusi), YBhg. Datuk Ismail bin Awang Besar, JP (Pengerusi), Puan Siti Afsah Mohd Kudi (Setiausaha)

 

 


Kerajaan Negeri Sabah myGovernment MSC Malaysia SPA Malaysia

DASAR KESELAMATAN |   DASAR PRIVASI  |  PENAFIAN  |  NOTIS HAK CIPTA  |    PETA LAMAN
Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768. |
© Hak Milik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah