SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH

Pengenalan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah. SPANS.

Pelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di bawah  Perkara 36(1) dan Perkara 36(2) Perlembagaan Negeri Sabah. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas berunding dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah boleh melantik seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak melebihi 8 orang Ahli. Pada masa ini Ahli-ahli SPANS terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 7 orang Ahli.

Bagi melicinkan proses tadbir urus, SPANS di bawah Perkara 37(7) Perlembagaan Negeri Sabah boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Bagaimanapun tanggungjawab mutlak (ultimate responsibility) masih terletak pada SPANS bagi menentukan perwakilan kuasa itu dilaksanakan dengan teratur.

 


Kerajaan Negeri Sabah myGovernment MSC Malaysia SPA Malaysia

DASAR KESELAMATAN |   DASAR PRIVASI  |  PENAFIAN  |  NOTIS HAK CIPTA  |    PETA LAMAN
Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768. |
© Hak Milik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah