PERUTUSAN PENGERUSI SPANS

Selamat datang ke Laman Web SPANS

Pengaruh dan perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ke atas segenap aspek kehidupan kita sekarang sangat ketara. Cara kita berkomunikasi dan berurusan telah dan akan terus berubah dengan pesatnya dengan perkembangan ini. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) sentiasa peka kepada perubahan yang berlaku di dalam persekitaran itu. Sebagai sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bertanggungjawab terhadap pemilihan anggota Perkhidmatan Awam, perkhidmatan mereka yang teratur dan disiplin tinggi,  SPANS sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan cepat dan menepati keperluan pelanggannya.

Laman Web SPANS  kini berwajah baru selaras dengan komitmen bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti demi memuaskan kehendak pelanggan-pelanggan SPANS iaitu para anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan orang ramai. Kini, Laman Web SPANS lebih mesra pengguna dalam menyediakan maklumat-maklumat mengenai keahlian, organisasi, tanggungjawab dan aktiviti-aktiviti SPANS  termasuk berita bergambar.

Pewujudan laman web ini diharap akan dapat memberikan maklumat dan kemudahan kepada para pelanggan untuk berurusan dengan SPANS. Maklumat-maklumat di dalam web ini amat berguna kepada orang ramai untuk memahami fungsi-fungsi SPANS. Ia juga merupakan sumber maklumat kepada  sesiapa sahaja yang ingin mengetahui peranan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh SPANS. Laman web ini turut menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan.

Saya berharap orang ramai dapat melayari Laman Web SPANS  bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan mengenai SPANS.

Dengan ikhlas,

DATUK ISMAIL AWANG BESAR, JP
Pengerusi

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

 


Kerajaan Negeri Sabah myGovernment MSC Malaysia SPA Malaysia

DASAR KESELAMATAN |   DASAR PRIVASI  |  PENAFIAN  |  NOTIS HAK CIPTA  |    PETA LAMAN
Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768. |
© Hak Milik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah