DASAR DAN AMALAN

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH

(yang telah diluluskan oleh Mesyuarat SPANS dalam tahun 2013 – 2017)

 

 

PENGESAHAN JAWATAN

 

Memproses pelanjutan tempoh percubaan, pengesahan jawatan dan pemberian taraf berpencen                      secara berperingkat

Bagi tiga perakuan di bawah, Urus Setia tidak boleh menyediakan Kertas Mesyuarat secara sekali gus apabila jabatan mengemukakan perakuan-perakuan sedemikian walaupun perakuan-perakuan itu sudah memenuhi syarat-syarat  yang ditetapkan. Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan-perakuan berkenaan secara berasingan dan Urus Setia SPANS menyediakan Kertas Mesyuarat secara berperingkat-peringkat, iaitu:

(i)            perakuan pelanjutan tempoh percubaan dibentang pada Mesyuarat Penuh SPANS pertama;

(ii)          perakuan pengesahan dalam jawatan dibentang pada Mesyuarat  Penuh kedua; dan

(iii)         perakuan pemberian taraf berpencen dibentang pada Mesyuarat Penuh SPANS ketiga.

(Diluluskan oleh Mesyuarat Penuh SPANS Bil. 11/2013 yang diadakan pada 11.11.2013, Minit no. 4.5)

 

Penetapan tarikh pemberian taraf berpencen

Perkhidmatan  seorang pegawai semasa bertaraf lantikan sementara  yang tidak terputus sebelum diserap ke dalam jawatan bertaraf lantikan tetap secara percubaan adalah tempoh perkhidmatan yang tidak diambil kira bagi tujuan pemberian taraf berpencen.

(Diluluskan oleh Mesyuarat Penuh SPANS Bil. 08/2015 yang diadakan pada 26.08.2015, Minit no. 7.4)

 

PELANTIKAN MEMANGKU

 

Penyediaan kertas mesyuarat bagi kes perakuan pelantikan memangku baharu

Perakuan pelantikan memangku baharu bagi seseorang pegawai wajar diteliti secara mendalam sebelum diluluskan dengan mengambil kira pegawai-pegawai lain yang layak di sesebuah jabatan itu. Dokumen-dokumen lengkap dan maklumat betul diperlukan oleh Ahli-Ahli SPANS dan oleh itu adalah ditetapkan bahawa mulai sekarang  penyediaan dan pembentangan kertas mesyuarat perakuan pelantikan memangku baharu hendaklah disediakan dalam bentuk kes bincang secara manual (hard copy) dan bukannya disediakan secara atas talian melalui E-SPANS.

(Diluluskan oleh Mesyuarat Penuh SPANS Bil. 05/2014 yang diadakan pada 26.06.2014, Minit no. 7.1)

 

KENAIKAN PANGKAT

 

Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat                                                                                                                                       

Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat  seorang pegawai ditetapkan  pada tarikh surat perakuan jabatan yang lengkap dan teratur diterima oleh SPANS tetapi tidak awal daripada tarikh kekosongan jawatan kenaikan pangkat berkenaan.

(Diluluskan oleh Mesyuarat Penuh SPANS Bil. 08/2015 yang diadakan pada 26.08.2015, Minit no. 7.9)

 

Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat  biasa bagi seorang pegawai yang juga layak kenaikan pangkat secara fleksi

Bagi seorang pegawai yang layak dinaikkan pangkat secara fleksi tetapi dinaikkan pangkat secara biasa (berdasarkan merit), tarikh kenaikan pangkat secara  biasanya boleh dikebelakangkan ke tarikh sehari selepas pegawai telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat secara fleksi tetapi tidak awal daripada tarikh kekosongan jawatan kenaikan pangkat biasa berkenaan.

(Diluluskan oleh Mesyuarat  SPANS Bil. 04/2017 yang diadakan pada 21.04.2017, Minit no. 7.4)

 

TATATERTIB

 

Tempoh Ketua Jabatan menyerahkan Surat Pertuduhan

Ketua Jabatan hendaklah menyerahkan surat pertuduhan dengan serta merta kepada pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh tujuh ( 7 ) hari dari tarikh Ketua Jabatan menerima surat pertuduhan yang dikeluarkan oleh SPANS.

(Diluluskan oleh Mesyuarat  Penuh SPANS Bil. 08/2013 yang diadakan pada 25.07.2013, Minit no. 3.1)

 

Tarikh kuat kuasa hukuman Buang Kerja

Bagi pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib, didapati bersalah seperti yang dipertuduh dan dijatuhi hukuman buang kerja serta pegawai berkenaan masih pergi bertugas ke pejabatnya dan masih menerima gaji  maka keputusan hukuman buang kerja berkenaan adalah  berkuat kuasa  pada tarikh sehari selepas genap satu bulan dari tarikh hukuman dijatuhkan dan diputuskan oleh Mesyuarat Penuh SPANS.  Sebagai contoh, jika Mesyuarat Penuh SPANS menjatuhkan hukuman buang kerja pada 3 Januari 2013 maka hukuman buang kerja seseorang pegawai itu hendaklah berkuat kuasa pada 3 Februari 2013.

(Diluluskan oleh Mesyuarat  Penuh SPANS Bil. 01/2013 yang diadakan pada 03.01.2013, Minit no. 7.6)

 

    

 

 


  

 

 

 

 

 

 

 

  

NOTIS HAK CIPTA

Hak cipta Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

PENAFIAN:

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.

 


Kerajaan Negeri Sabah myGovernment MSC Malaysia SPA Malaysia

DASAR KESELAMATAN |   DASAR PRIVASI  |  PENAFIAN  |  NOTIS HAK CIPTA  |    PETA LAMAN
Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768. |
© Hak Milik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah