Hakcipta terpelihara © 2007 - Unit Kemajuan IT Negeri.

Select Language
English :: Melayu
Kriteria Pengadilan

Berikut adalah kriteria pengadilan bagi pertandingan ini:

 

1. Kandungan(40%)

 

  • Betapa komprehensifnya
  • Kandungan laman web adalah cukup komprehensif (mencukupi dengan penerangan)
  • Memanfaatkan sumber secara optimum
  • Kesesuaian dan penggunaan sumber secara seimbang contohnya perkataan, teks, gambar, imej, bunyi, dan sebagainya untuk menyampaikan mesej utama
  • Releven
  • Isi kandungan adalah menumpu kepada skop "core business"
  • Kemaskinian
  • Isi kandungan/maklumat sentiasa dikemaskinikan
  • Bahasa
  • Dua versi
    • Inggeris dan Melayu
    • Kedua-dua versi adalah lengkap dan konsisten
    • Dengan kegunaan tatabahasa yang betul

 

2. Persembahan (30%)

 

  • Antaramuka Yang Mesra Pengguna
  • Pengemudian/Navigasi
    • Laman web mudah untuk dikemudikan/dinavigasikan (pengguna tidak mudah sesat)
  • Kebolehbacaan
    • Kandungan dalam laman web adalah mudah dibaca, dengan penggunaan grafik, warna, tulisan, teks dan kontra yang bersesuaian
  • Fungsi
    • Hiper-rangkai dalam laman web dipautkan dan berfungsi dengan baik; dan tiada objek yang tercicir (semua objek boleh dipaparkan)
  • Konsistensi
    • Persembahan keseluruhan laman web adalah konsisten
  • Kemas dan Teratur
    • Susunatur grafik, teks, objek dan sebagainya adalah teratur dengan baik
  • Daya penarik
    • Laman web direkabentuk secara kreatif dan menarik

 

3. Aplikasi/Servis laman web (30%)

 

  • Kandungan
    • Aplikasi atau servis dalam laman web adalah berhubungkait secara langsung dengan "core business" organisasi
  • Interaktif
    • Aplikasi yang disediakan mempunyai ciri-ciri interaktif untuk pengguna menggunakan servis tersebut
  • Jenis-jenis servis
    • G2B - Servis yang disediakan bagi masyarakat bisnes
    • G2C - Servis yang disediakan untuk pengguna/rakyat umum
    • G2G - Servis yang disediakan bagi operasi antara agensi kerajaan
    • G2E - Servis yang disediakan untuk pegawai kerajaan

Panel Pengadil

Para panel pengadil bagi pertandingan ini adalah terdiri daripada wakil jabatan persekutuan dan kerajaan negeri, institusi pendidikan, sektor swasta dan wakil dari organisasi bukan kerajaan.