Pengenalan
Sejajar dengan objektif Pelan Induk IT Sektor Awam Kerajaan Negeri, Unit Kemajuan IT Negeri (KIT), menganjurkan Pertandingan Laman Web Kerajaan Negeri Sabah 2007 dalam usaha untuk mengiktiraf kepada semua jabatan, badan berkanun, dan agensi atas penggunaan ICT secara inovatif dan juga laman web bagi menambahbaikkan komunikasi sesama semua sektor dan orang awam. Untuk tujuan ini, Kerajaan Negeri Sabah ingin memberi ganjaran kepada jabatan, badan berkanun atau agensi yang cermelang dengan penganugerahan ˇ§Laman Web Terbaik Kerajaan Negeri Sabahˇ¨.
Objektif
Objektif utama pertandingan ini adalah seperti berikut:
- Menggalakkan semua agensi Kerajaan Negeri menyediakan laman web rasmi mereka dan mengemaskininya secara tetap dan berterusan
- Mempromosikan kegunaan ICT dalam menyokong hal-hal pentadbiran dan operasi harian agensi
- Mengiktiraf laman web rasmi kerajaan sebagai platform untuk memberikan perkhidmatan kerajaan kepada orang ramai
Sasaran Peserta & Kelayakan
Penyertaan adalah terbuka kepada semua Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun dan agensi Kerajaan Negeri Sabah.
Kategori
Hanya terdapat SATU kategori saja yang dipertandingkan iaitu Laman Web Terbaik Kerajaan Negeri Sabah.