|
Selaras
dengan polisi SEDCO untuk menggalakkan
industri-industri berasaskan
sumber dan mewujudkan kesan
sampingan bagi sektor-sektor
berkenaan, Padu Wangsa Sdn. Bhd.
telah ditubuhkan pada 1994 untuk
mengeluarkan klinker. Bahan
mentah projek ini diperolehi
dari Pulau Balambangan di bahagian
utara Sabah manakala kilang
akan dibina bersebelahan dengan
kilang simen yang sedia ada
di Teluk Sepangar.
Dijangka
beroperasi pada 2004, kilang
berkenaan akan mempunyai kapasiti
pengeluaran sehingga 975,000
tan metrik setahun untuk pasaran tempatan dan luar
negara.
|