Malay Version --->
English Version --->

 

 

 

 

 

 







PERKHIDMATAN


 
Perhotelan
 
 
 

 

SEDCO juga menyediakan fasiliti sokongan kepada industri pelancongan dengan melabur dalam dua buah syarikat perhotelan. Sebuah daripadanya menjalankan operasi perhotelan di pusat bandar manakala sebuah lagi khusus untuk hotel-hotel peranginan.

 
 

SEDCO telah terlibat dalam industri pelancongan sejak mengambil alih Kinabalu International Hotel Sdn. Bhd. pada 1976. Syarikat ini memiliki Hyatt Regency Kinabalu, hotel 288 bilik yang terletak di kawasan libur, membeli-belah dan perniagaan utama di pusat bandar.
 

E-mail : kih@tm.net.my

 


Ekuiti SEDCO
57%
 

Perkasa Hotel Holdings Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 1979 bagi membantu menggalakkan pembangunan pelancongan di kawasan luar bandar. Pada masa ini ia mempunyai resort peranginan di Kundasang, iaitu di kaki Gunung Kinabalu; dan di Keningau yang terletak di kawasan Pedalaman Sabah. Sebuah lagi hotel akan dibuka di Kota Kinabalu, sebagai sebahagian usaha mengembangkan rangkaian hotel ke seluruh negeri.

E-mail : perkasa@tm.net.my
 

 

Ekuiti SEDCO
100%
 
 
 
Perunding Insurans  
     

IIB Insurance Brokers Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 1997 dengan khidmat perunding insurans sebagai kegiatan utama. Syarikat ini berhasrat menyediakan khidmat perundingan yang efisien dan diyakini untuk sektor korporat di Sabah dan Malaysia secara keseluruhannya.

E-mail : iib@tm.net.my
 

 


Ekuiti SEDCO
100%
       
 
Halaman web ini
sesuai
dilayari menggunakan
Internet Explorer Ver 5.0 ke  atas
dengan paparan 800 X 600.
 
© Hak Cipta Terpelihara SEDCO 2001