Malay Version --->
English Version --->

 

 

 

 

 

 







PEMBUATAN
Perindustrian merupakan salah satu keutamaan SEDCO dalam usahanya memesatkan pembangunan ekonomi Negeri Sabah. Sejak 1970-an, SEDCO giat merintis industri-industri baru di Sabah iaitu pembuatan simen, ubin seramik, cat, baja, tepung dan makanan ternakan, besi keluli serta pemasangan kenderaan bermotor.
 
Tepung
 

Terletak di Pantai Timur Sabah, Lahad Datu Flour Mill Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat usaha sama antara SEDCO dengan Intermilling Corporation dari Filipina. Dilengkapi mesin dan kelengkapan yang canggih, syarikat ini mampu mengeluarkan semua jenis produk tepung gandum berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna biasa dan industri. Memulakan operasi pada tahun 2000, syarikat ini berupaya mengeluarkan sehingga 300 tan metrik tepung sehari bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dan antarabangsa.

 

Ekuiti SEDCO
51%
 e-mail :  ldfmsb@tm.net.my
 
Cat  

Nippon Paint (Sabah) Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik majoriti SEDCO, memulakan operasi pada 1982. Syarikat ini mampu mengeluarkan sehingga 3,000 tan metrik cat jenama 'Nippon' setahun bagi kegunaan dekoratif, perlindungan dan perindustrian.

 
Ekuiti SEDCO
51%
 E-mail : npsabah@tm.net.my
 
Simen  

SEDCO bersama-sama dengan Tasek Cement Bhd. dan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, menubuhkan Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. untuk mengeluarkan simen bagi pasaran tempatan sejak 1986. Kilang simen pertama dan satu-satunya di Sabah ini mampu mengeluarkan simen sebanyak 900,000 tan metrik setahun.
 

 
Ekuiti SEDCO
5.00%
  E-mail : cissb@sabahcement.com.my

 

   
Baja  

SEDCO secara usaha sama dengan Kuok (S'pore) Ltd., PPB Oil Palms Bhd dan Sawit Kinabalu Bhd, telah menubuhkan Agri-Sabah Fertilizer Sdn. Bhd.   untuk mengeluarkan baja kompaun dan campuran bagi pasaran tempatan sejak 1993. Objektif utama syarikat ini adalah  menyediakan bekalan baja berkualiti yang kompetitif dan diyakini untuk sektor pertanian tempatan.

 E-mail : agrisabah@tm.net.my

 

Ekuiti SEDCO
9.17%
   
 
Ubin Seramik  

SEDCO merintis industri pengeluaran ubin seramik di Sabah dengan menubuhkan sebuah kilang pengeluaran di Labuan yang memulakan operasi pada 1986. Syarikat ini, yang dikenali sebagai Guocera Tile Industries (Labuan) Sdn. Bhd., kini telah disertai oleh Hong Leong Group. Berkeupayaan mengeluarkan ubin seramik sehingga 1.4 juta meter persegi setahun bagi pasaran tempatan dan luar negara.

E-mail :
gtilbu@tm.net.my

 

Ekuiti SEDCO
30%
   
 
Besi Keluli  

Steel Industries (Sabah) Sdn. Bhd., sebuah usaha sama dengan Southern Steel Bhd., Lion Corporation Bhd. dan Kiongsing Group, memulakan pengeluaran besi keluli untuk pasaran tempatan sejak 1995 dengan kapasiti pengeluaran sehingga 180,000 tan metrik setahun.

 

Ekuiti SEDCO
25%
 E-mail : sissb@tm.net.my
 
Pemasangan Kenderaan  

Memulakan operasi pada 1979, Kinabalu Motor Assembly Sdn. Bhd. merupakan syarikat pemasangan tunggal kenderaan jenis Isuzu bagi Sabah dan Sarawak. Hari ini, ia berkeupayaan memasang sehingga 10,000 unit kenderaan setahun. Ia juga memasang kenderaan jenis lain secara kontrak.

E-mail :
kmasb@po.jaring.my
 

 

Ekuiti SEDCO
21.3%
 
Pelaburan  

SEDCO mempunyai kepentingan dalam Mega First Corporation Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan pelbagai kegiatan termasuk kejuruteraan dan pengeluaran komponen pengangkutan; pemasaran jentera berat, alat ganti dan aksesori; kegiatan kuari; perlombongan; serta pembangunan harta tanah.

E-mail :
mfcb@mega-first.com
 

 
Ekuiti SEDCO
6.27%
     
 
Halaman web ini
sesuai
dilayari menggunakan
Internet Explorer Ver 5.0 ke atas
dengan paparan 800 X 600.
.
 
© Hak Cipta Terpelihara SEDCO 2001