Tel: 088-469021
Fax: 088-218294

Pengenalan

Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah ( S A F O D A ) adalah Badan Berkanun di bawah Kerajaan Negeri Sabah yang telah ditubuhkan apabila Enakmen No. 20, 1976 diluluskan oleh Dewan Perundangan Negeri Sabah pada 24 Disember 1976 . Enakmen tersebut telah berkuatkuasa pada 01 Januari 1977. Enakmen No. 20, 1976 telah diganti dengan Enakmen No. 24, 1981 untuk memperkukuhkan lagi hal-hal berhubung perlembagaan, prosedur, pentadbiran, fungsi-fungsi dan kewangan SAFODA.  Antara fungsi utama Lembaga ialah menjalankan atau menyelia kawasan-kawasan yang sesuai untuk pembangunan ladang hutan dan penanaman semula.

SAFODA mempunyai beberapa lokasi pejabat iaitu di Ibu Pejabat, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan dan beberapa pejabat kawasan projek perhutanan yang terbahagi kepada beberapa wilayah iaitu Wilayah Utara ,Wilayah Selatan,  Wilayah Barat dan  Wilayah Bengkoka.