Carta Bahagian Pentadbiran

 

Pentadbiran


FUNGSI BAHAGIAN PENTADBIRAN

  • Melaksanakan dasar-dasar perkhidmatan awam , memproses pelantikan kakitangan, pengesahan jawatan, pemberian taraf pencen, pemangkuan / tanggungan kerja, menganjur Induksi Khusus Jabatan dan menghantar senarai nama kakitangan yang perlu mengikuti Kursus Induksi Umum.
  • Menyemak dan menyediakan Laporan Penilaian Prestasi kakitangan termasuk menyediakan pergerakan gaji.
  • Menyediakan kertas pencen, membina semula Buku Perkhidmatan kakitangan dan juga memproses permohonan kakitangan mengenai perumahan jabatan.
  • Menyelaras perkara-perkara berhubung dengan disiplin dan tatatertib kakitangan serta memastikan pelaksanaan dasar-dasar dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan melalui Perintah Am Negeri Sabah.
  • Mengurus Fungsi Jawatankuasa Kenaikan Pangkat, Perkembangan Kerjaya setiap Jabatan dan Kalendar Mesyuarat.