FUNGSI
- Menyediakan kertas kerja perancangan perbelanjaan pembangunan untuk Pembangunan Rancangan Malaysia setiap 5 tahun dan juga perancangan perbelanjaan penyelenggaraan tahunan.
- Bertanggungjawab membuat perancangan dan juga penyeliaan ke atas kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat oleh Kakitangan di Bahagian kejuruteraan Awam.
- Menyediakan pelan lukisan untuk projek-projek Pembangunan dan juga penyelengaraan untuk tujuan panggilan tender ataupun sebutharga.
- Menyediakan dokumen tender dan sebut harga untuk Projek-Projek Pembangunan Penyelengaraan mengikut peruntukan yang telah disediakan di Bahagian Kejuruteraan Awam.
OBJEKTIF
Bertanggungjawab untuk memastikan semua Landasan Tetap Keretapi sejauh 134 Kilometer, Jambatan Keretapi, Terowong Keretapi, Pembentungan stesen-stesen, Bangunan-bangunan Bengkel yang terdapat di Tg. Aru, Papar, Beaufort, Tenom, Rumah kakitangan di Sepanjang Landasan Keretapi dari Tg. Aru hingga Tenom berada dalam keadaan baik, selamat dan selesa digunakan oleh kakitangan dan orang awam.
Unit-unit Kecil Bahagian Kejuruteraan Awam :
Bahagian Kejuruteraan Awam mempunyai empat (4) unit yang terpenting dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab.
- Unit Landasan Tetap.
- Unit Jambatan.
- Unit Bangunan.
- Unit Pelan.
