Tatatertib(h).jpg (48522 bytes)

Laman Utama


Setiausaha

Yunos hj. Ashmat

Penolong Setiausaha
Fatimah Materang

OBJEKTIF


Untuk memastikan semua laporan yang lengkap dan teratur dikemukakan ke Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

FUNGSI


Fungsi Bahagian ini ialah memproses laporan tindakan tatatertib/surcaj dan Borang-Borang Pengisytiharan Harta bagi anggota Perkhidmatan Awam untuk kelulusan Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

PROSEDUR DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKAITAN

A. Tindakan Tatatertib Dan Surcaj
  • Mengenalpasti laporan yang dihantar ke Suruhanjaya ini mengandungi kes prima facie.

  • Menyediakan Kertas Mesyuarat untuk pertimbangan dan keputusan ahli-ahli sama ada wujud kes prima facie.

  • Menyediakan surat pertuduhan, jika diputuskan terdapat kes prima facie oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

  • Menyediakan Kertas Mesyuarat untuk sabitan dan penghukuman oleh Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Bahan-bahan berikut diperlukan untuk membolehkan kes diurus dengan sewajarnya:-

1.

Buku Perkhidmatan Pegawai yang kemaskini.


2.

Laporan awal pihak yang melapor dan dokumen-dokumen sokongan mengenai kesalahan yang diadu seperti Kad Perakam Waktu.

3.

Penjelasan bertulis daripada pegawai yang dituduh.

4.

Ulasan daripada Ketua Bahagian serta Ketua Jabatan ke atas keterangan/penjelasan bertulis penama.

5.

Prestasi kelakuan pegawai selepas menerima surat pertuduhan SPANS.

6.

Jenis hukuman yang disyorkan oleh pihak melapor.

 

B.

Pengisytiharan Harta

  • Memproses Borang-Borang Pengisytiharan Harta TT1, TT2, TT3, TT4 dan TT5 yang dikemukakan ke SPANS oleh Ketua-Ketua Jabatan untuk persediaan Kertas Mesyuarat SPANS untuk dibentangkan di Mesyuarat SPANS.

  • Urusan memproses Borang-Borang Pengisytiharan Harta ini dijalankan mengikut kaedah di bawah Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 9/1991 (JKM.C.110/1PT.8/(3).

 

 

 

ke atas | Laman Utama