PENGENALAN |
|
|
Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau
pada awalnya
dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service
Commission) Order In Council, 1963
telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963
dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. Selepas Negeri Sabah mencapai
kemerdekaan menerusi Malaysia pada 16 September 1963,
maka
pengwujudan SPANS diperuntukan pula di
bawah Perkara 36 (1) Perlembagaan Negeri Sabah. |
OBJEKTIF |
|
Objektif Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ialah untuk
memastikan urusan pengambilan, pelantikan, perkhidmatan dan
tindakan tatatertib pegawai awam negeri dilaksanakan dengan adil,
saksama, tepat, cepat dan efisien. |
|
FUNGSI |
|
|
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan
perkara-perkara berikut:-
|
|
KEAHLIAN |
|
|
Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Sabah adalah terdiri daripada seorang Pengerusi
dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak melebihi daripada 8
orang Ahli lain. Semua Ahli dilantik oleh Tuan Yang Terutama Yang
Di-Pertua Negeri Sabah.
Selepas berunding dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri,
Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah
boleh menetapkan mana-mana Ahli selain daripada Pengerusi sebagai
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. |
|
URUS SETIA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI SABAH |
|
Dalam menjalankan
fungsi-fungsinya,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dibantu oleh Urus
Setia yang dianggotai oleh Pegawai-Pegawai
Kerajaan yang diketuai oleh seorang
Setiausaha. Urus
Setia ini mempunyai enam bahagian iaitu:-
|
|
(i) |
|
Bahagian
Pentadbiran Dan Pengurusan Kewangan: |
| |
|
|
Fungsi Bahagian
Pentadbiran dan Kewangan ialah memberi perkhidmatan
pentadbiran termasuk kewangan dan bantuan logistik kepada
bahagian-bahagiaan lain.
|
| |
(ii) |
|
Bahagian Kenaikan Pangkat: |
| |
|
|
Fungsi-fungsi Bahagian
Kenaikan Pangkat ialah memproses perakuan/syor kenaikan pangkat,
kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL), kenaikan pangkat
secara lantikan (istimewa) bagi jawatan jumud dan
pelantikan pegawai sedang berkhidmat dan tukar lantikan
mealalui opsyen yang diterima daripada ketua jabatan.
|
| |
(iii) |
|
Bahagian
Perjawatan: |
| |
|
|
Fungsi Bahagian Perjawatan ialah
memproses
pelanjutan tempoh
percubaan,
pengesahan dalam jawatan dan pemberian taraf berpencen
yang diterima daripada Ketua Jabatan.
|
| |
(iv) |
|
Bahagian Pengambilan
dan Pelantikan: |
| |
|
|
Fungsi-fungsi Bahagian
Pengambilan dan Pelantikan ialah memproses pengambilan
melalui iklan, pelantikan atas perakuan (tanpa iklan),
penyerapan ke jawatan tetap, pelanjutan pelantikan sementara,
pelantikan semula pesara, pelantikan secara kontrak serta
pembaharuan dan pemendekan kontrak perkhidmatan yang
diterima daripada Ketua Jabatan.
|
| |
(v) |
|
Bahagian
Tindakan Tatatertib: |
| |
|
|
Fungsi Bahagian Tindakan Tatatertib
ialah memproses laporan tindakan tatatertib, surcaj dan
pengisytiharan harta yang diterima daripada Ketua Jabatan.
|
| |
(vi) |
|
Bahagian
Pemangkuan. |
| |
|
|
Fungsi Bahagian Memangku ialah memproses
perakuan memangku, menanggung kerja, perubahan gelaran dan
gred tanggagaji jawatan, pelantikan pertukaran sementara dan pinjaman
dan pertukaran Jabatan. |
|
|
SUMBER-SUMBER
RUJUKAN |
|
Semasa
memproses perkara-perkara yang dinyatakan di para 3.1, Urus Setia
ini berpandukan kepada sumber-sumber rujukan seperti tersebut di
bawah yang antaranya memperuntukan kuasa perundangan kepada
Suruhanjaya ini untuk membuat sebarang keputusan. Selain itu ia
juga memberikan panduan lengkap agar sebarang keputusan yang
dibuat oleh Suruhanjaya ini teratur:
- Perlembagaan
Negeri Sabah.
- Perlembagaan
Persekutuan.
- Perintah Am
Negeri Sabah 1982 dan Pindaan.
-
Akta Acara
Kewangan.
-
Akta Pencen 1980
dan Pindaan 1990.
-
Arahan
Perbendaharaan.
-
Buku Anggaran
Perbelanjaan Tahunan.
-
Skim
Perkhidmatan bagi setiap jawatan yang wujud.
-
Pekeliling
Perkhidmatan Kerajaan Negeri Sabah yang dikeluarkan dari masa
ke Semasa.
-
Warta-Warta
Kerajaan yang berkaitan.
|
|
BORANG
DAN LAMPIRAN YANG DIGUNAKAN |
Setakat
ini Suruhanjaya menggunakan borang-borang seperti berikut:-
Borang Permohonan
SPA 1 (Pindaan 1/98)
Borang 6 SPA
(Pindaan
1/84)
Borang 7 SPA
(Pindaan
1/84)
Lampiran
A
Lampiran
A II - PANS 34
Lampiran
A III - PANS 38
Lampiran
SPAN 1
Lampiran
SPAN 2
Penggunaan borang
di atas dan sumber-sumber rujukan yang disenaraikan di para 5.1
akan dijelaskan secara terperinci dalam huraian tentang peranan
bahagian-bahagian Urus Setia. |
MISI |
- Pemilihan Anggota Perkhidmatan Awam Yang Terbaik
- Memastikan
Perkhidmatan Mereka Teratur
- Mengekalkan
Tahap Disiplin Yang Tinggi
|
|
VISI
|
|
Perkhidmatan
Awam Negeri yang Berwibawa dan Serba Boleh yang dapat memainkan peranan dalam Pembangunan
Masyarakat dan Negara
|
|
MOTO
|
|
"Tidak Ada Yang Terbaik Selagi Boleh
Dibaiki"
|
DASAR KUALITI |
|
Memberikan
kepuasan kepada pelanggan dengan memberikan perkhidmatan berikut:-
- Perkhidmatan yang Cepat dan Tepat
- Perkhidmatan yang Prihatin dan Mesra
- Perkhidmatan yang Profesional
- Perkhidmatan yang Adil dan Saksama
- Pengamalan Budaya Kerja Bermaufakat dan Akauntabal
|
PIAGAM PELANGGAN |
-
Memproses setiap urusan perkhidmatan mengikut peraturan yang berkuatkuasa
-
Memastikan
semua syor yang
dikemukakan ke Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sabah diambil tindakan dengan serta
merta dan sekiranya syor tersebut teratur,
Kertas Mesyuarat disediakan dalam tempoh 14 hari bekerja dan
keputusan akan disampaikan kepada pelanggan dalam tempoh tidak
melebihi 14 hari bekerja selepas mesyuarat SPANS.
|