Laman Utama

Pelanjutan Tempoh Percubaan

Pengesahan Jawatan

Pemberian Taraf Berpencen

 

Setiausaha SPANS
Yunos Hj. Ashmat

Penolong Setiausaha Bhg. Perjawatan.
Nurul Harlijah Hj. Osman


BAHAGIAN PENGESAHAN JAWATAN

OBJEKTIF

Memastikan semua fungsi bahagian ini diproses dengan cepat, 
cekap dan teratur

FUNGSI

 

Fungsi bahagian ini ialah memproses perakuan/ syor berikut yang diterima dari Ketua Jabatan.
  • Pelanjutan Tempoh Percubaan
  • Pengesahan Dalam Jawatan
  • Pemberian Taraf Berpencen

PROSEDUR DAN PERATURAN YANG BERKAITAN

 

PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN

Pelanjutan Tempoh Percubaan ialah keadaan di mana tempoh percubaan seseorang Anggota Perkhidmatan Awam dilanjutkan atas sebab-sebab tertentu yang dinyatakan oleh Ketua Jabatan.

i). Menurut PANS 29 (I) Bahagian A Pindaan 1990, tempoh percubaan Anggota Perkhidmatan Awam boleh dilanjutkan dari setahun ke setahun selepas tempoh tiga tahun atas pertimbangan Suruhanjaya sama ada tanpa denda atau berdenda.

ii). Menurut PANS 32 (I) dan (2), Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berjaya disahkan dalam jawatannya kerana:

a). tidak lulus peperiksaan yang disyaratkan.

b). tidak mendapat perakuan daripada Ketua 
      Jabatannya.

hendaklah mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh percubaan kepada Suruhanjaya melalui Ketua Jabatan tiga bulan sebelum tempoh percubaan tamat. Permohonan itu hendaklah menyatakan sebab dia tidak dapat disahkan dan pelanjutan tempoh percubaan patut diberi.

 

iii). Salinan-salinan dokumen yang perlu dikemukakan:

  • Rekod Buku Perkhidmatan yang lengkap dan kemaskini.
  • Senarai peperiksaan (jika ada) yang telah dilulusi atau tidak dengan tarikhnya sekali.
  • Rekod yang menunjukkan pegawai berkenaan pernah berusaha menduduki peperiksaan.

PENGESAHAN JAWATAN

Pengesahan jawatan ialah proses untuk mengesahkan Anggota Perkhidmatan Awam dalam jawatan apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

i). Anggota Perkhidmatan Awam perlu disahkan dalam
    jawatan jika:

  • dilantik secara percubaan
  • dinaikkan pangkat secara lantikan (KPSL)

ii). Syarat-syarat pengesahan jawatan ialah:

a). Genap tempoh percubaan selama tiga tahun [ rujuk perengggan 66 Pekeliling Perkhidmatan ) (Persekutuan) Bilangan 9 Tahun 1991 ].

b). Lulus semua peperiksaan perkhidmatan (jika ada) dan hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan.

c). Bagi KPSL setelah genap satu tahun selepas hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan.

d). Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan

iii). Menurut PANS 34 (2) Bahagian A, Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk mengemukakan perakuan pengesahan jawatan ke Suruhanjaya bagi Anggota di bawah jagaannya yang telah memenuhi syarat yang ditetapkan TIDAK LEWAT dari dua (2) bulan selepas pegawai berkenaan layak disahkan.

iv). Dokumen-dokumen yang diperlukan dikemukakan :

a). Lampiran " A " II (PANS 34 Bahagian A).

b). Salinan Rekod/Buku Perkhidmatan yang lengkap dan kemaskini.

c). Salinan surat / sijil lulus Peperiksaan Perkhidmatan (jika ada) serta Sijil Kursus Induksi.

d). Borang Opsyen Lampiran A bagi pegawai yang dilantik selepas 12 April 1991 (rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil/199).

PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

 

Pemberian Taraf Berpencen ialah pemberian status berpencen kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang menyandang jawatan tetap.

i). Syarat-syarat pemberian taraf berpencen:

  • disahkan dalam jawatan sekarang
  • berkhidmat tidak kurang dari tiga tahun dalam perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sebagaimana ditetapkan dalam Akta Pencen.

ii). Anggota Perkhidmatan Awam yang telah disahkan dalam jawatan sebelum 1 Julai 1978 adalah disifatkan menjadi pegawai berpencen menurut Seksyen 8 Akta Pencen 1980 dan tidak perlu lagi diberi taraf berpencen.

iii). Anggota Perkhidmatan Awam yang dilantik selepas 12 April 1991 dan memilih Skim KWSP tidak perlu diberi taraf berpencen.

iv). Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan:

a). Lampiran " A " III (PANS 38 Bahagian A).

b). Salinan Rekod/ Buku Perkhidmatan yang lengkap dan kemaskini.

c). Salinan surat pelantikan, pengesahan jawatan dan pelanjutan tempoh percubaan.

d). Salinan cuti tanpa gaji/separuh gaji, cuti belajar dan surat-surat yang berkaitan.

v). Menurut PANS 39 Bahagian A, pemberian taraf berpencen hanya perlu diberi sekali dan tidak perlu diberi semula apabila Anggota berkenaan dilantik ke suatu jawatan tetap yang lain.

ke atas | Laman Utama