Syor
Pengambilan Melalui Iklan
- Definisi
Pengambilan melalui iklan ialah pengambilan calon-calon untuk mengisi
jawatan-jawatan kosong yang bertaraf tetap,
- Menurut PANS 17 (1) Bahagian A, semua
jawatan kosong yang hendak diisi mestilah terlebih dahulu diiklankan
oleh Suruhanjaya sekurang-kurangnya dalam sebuah akhbar
tempatan.Mengikut amalan yang diikuti selama ini Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Sabah akan meluluskan syor pengisian jawatan
yang tidak melebihi (3) kekosongan tanpa melalui proses pengiklanan
dan dalam keadaan "Khas" akan mengecualikan pemakaian
Perintah Am 17 (1) Bahagian A mengikut kuasa yang diberi kepadanya di
bawah Seksyen 3 Bahagian A.
- Iklan kekosongan jawatan akan disiarkan
di Harian Ekspress (Daily Express) dan Borneo Mail atau Sabah Times.
Iklan kekosongan jawatan ini juga akan dihebahkan di radio tempatan.
- Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan
laporan kekosongan jawatan yang hendak diiklankan ke Suruhanjaya ini
dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:-
- Borang 6 SPA (Pindaan 1/84) dan
LAMPIRAN yang lengkap sila lihat Muka Surat 63.
- Draf Iklan.
- Salinan Waran Perjawatan (bagi jawatan
baru diwujudkan).
- Satu salinan Borang SPA 1 Pindaan 1/87
yang lengkap diisi. Borang ini boleh diperolehi di Pejabat SPANS
secara percuma dan di semua Pejabat Daerah di Sabah
- Salinan Sijil Kelahiran.
- Salinan Sijil-Sijil Akademik termasuk
Transkripsi.
-
Salinan Kad
Pengenalan Ibu Bapa.
-
Dokumen-dokumen lain
yang berkaitan sebagaimana yang dinyatakan dalam iklan contohnya,
Lesen Memandu.
Syor
Pelantikan Atas Perakuan (Tanpa Iklan)
-
Pelantikan Atas
Perakuan (tanpa iklan) merupakan Pelantikan yang dibuat berdasarkan
perakuan daripada Ketua Jabatan. Dalam keadaan ini Ketua Jabatan
mengemukakan laporan kekosongan jawatan dan seterusnya mengesyorkan
calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan berkenaan.
-
Pelantikan Atas
Perakuan hanya akan dipertimbangkan berdasarkan kepada desakan
perkhidmatan.
-
Dokumen-dokumen yang
perlu dikemukakan untuk pelantikan atas perakuan ini ialah:-
-
Borang 6 SPA (Pindaan
1/84) dan LAMPIRAN A yang lengkap diisi
-
Salinan Waran
Perjawatan bagi jawatan yang baru diwujudkan.
-
Borang SPA 1 Pindaan
1/98 yang lengkap diisi
- Salinan sijil-sijil Akademik.
-
Salinan sijil
kelahiran.
-
Salinan kad
pengenalan.
-
Salinan kelulusan
pengisian jawatan daripada kementerian kewangan.
|
senarai
semak |
Syor
Penyerapan Ke Jawatan Tetap
-
Pelantikan Ke Jawatan
Tetap ialah Pelantikan yang dibuat untuk mengubah taraf Pelantikan
Pegawai-Pegawai yang menyandang jawatan sementara atau kontrak menjadi
tetap, jika terdapat jawatan bertaraf tetap yang kosong. Pelantikan
ini tidak melibatkan perubahan jawatan ataupun gred, dan tarikh
kuatkuasa pelantikan penyandang ialah ‘tidak awal dari tarikh Surat
Pelantikan dikeluarkan’.
-
Dokumen-dokumen yang
perlu disertakan apabila mengemukakan perakuan ialah:
- Borang 6 SPA (Pindaan 1/84) yang
lengkap diisi berserta LAMPIRAN A
- Salinan Waran Perjawatan bagi jawatan
yang baru diwujudkan.
-
Salinan Sijil
Kelahiran.
-
Salinan Sijil
akademik dan kelayakan lain yang berkaitan.
-
Salinan Rekod/Buku
Perkhidmatan yang lengkap dan kemaskini.
- Salinan Surat Pelantikan Sementara/Kontrak.
- Salinan Kad Pengenalan.
|
senarai
semak |
Syor
Pelanjutan Pelantikan Sementara
-
Pelanjutan Pelantikan
ialah pelanjutan tempoh lantikan anggota perkhidmatan awam yang
dilantik bagi satu tempoh terhad oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau
Ketua Jabatan berdasarkan perwakilan kuasa dan perkhidmatannya masih
diperlukan setelah tempoh yang ditetapkan tamat.
-
Dokumen-dokumen yang
perlu dikemukakan adalah seperti berikut.
-
Borang SPA 6 (Pindaan
1/84) dan LAMPIRAN A yang lengkap diisi
-
Salinan Waran
Perjawatan bagi jawatan yang baru diwujudkan.
-
Salinan Sijil
Kelahiran.
-
Salinan Sijil
Akademik dan kelayakan lain yang berkaitan.
-
Salinan Rekod/Buku
Perkhidmatan yang lengkap dan kemaskini.
-
Salinan Surat
Pelantikan Sementara.
-
Salinan Kad
Pengenalan.
|
senarai
semak |
Syor
Pelantikan Semula Pesara
-
Borang SPA 6 (Pindaan
1/84) dan LAMPIRAN A yang telah lengkap diisi
-
Salinan Rekod/Buku
Perkhidmatan yang kemaskini.
-
Salinan Pergerakan
Gaji terakhir.
-
Surat persetujuan
daripada JPANS untuk pelantikan semula itu.
-
Seorang pesara tidak
akan dibenarkan menyandang jawatan kenaikan pangkat jika jawatan itu
bertaraf tetap kerana ini akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat
kakitangan yang masih berkhidmat. Namun begitu jika jawatan kenaikan
pangkat itu bertaraf sementara atau kontrak, kekosongan itu dibenarkan
untuk diisi oleh pesara.
|
senarai
semak |
Syor
Pelantikan Pegawai Sedang Berkhidmat
-
Hendaklah ada jawatan
kosong. Kekosongan hendaklah benar-benar wujud dan bukan disebabkan
penyandangnya pergi berkursus atau bercuti.
-
Anggota Perkhidmatan
Awam yang diperakukan hendaklah memenuhi syarat skim perkhidmatan
berkenaan memiliki kelayakan akademik untuk dilantik ke jawatan
tersebut.
- Syarat-syarat pelantikan pegawai sedang
berkhidmat:-
- Hendaklah ada jawatan kosong.
Kekosongan hendaklah benar-benar wujud dan bukan disebabkan
penyandangnya pergi berkursus atau sebagainya.
- Calon yang diperakukan hendaklah
memenuhi syarat skim perkhidmatan.
- Untuk mengelakkan penurunan gaji,
anggota yang diperakukan hendaklah telah disahkan dalam jawatan.
- Borang 6 SPA (Pindaan 1/84) dan
Lampiran A yang telah lengkap diisi
- Salinan surat kelahiran.
- Salinan sijil-sijil.
- Salinan kad pengenalan.
- Salinan rekod/buku perkhidmatan yang
kemaskini.
- Salinan waran perjawatan bagi jawatan
yang baru diwujudkan
|
senarai
semak |
Syor
Pembaharuan Dan Pemendekan Kontrak
Perkhidmata
-
Pembaharuan Kontrak
Perkhidmatan bermakna penyambungan kontrak perkhidmatan pegawai yang
dilantik secara kontrak kerana perkhidmatannya masih diperlukan
apabila tempoh kontrak tersebut berakhir.
-
Pemendekan Kontrak
Perkhidmatan bermakna pemendekan tempoh kontrak perkhidmatan seseorang
pegawai atas sebab-sebab tertentu dengan persetujuan kedua-dua pihak
iaitu pihak Kerajaan dan pegawai sendiri. Dalam hal ini, pegawai layak
dibayar ganjaran sepanjang tempoh yang telah disempurnakannya.
- Perakuan pembaharuan kontrak
perkhidmatan hendaklah dikemukakan ke Suruhanjaya enam bulan sebelum
tempoh kontrak tersebut tamat sebagaimana yang ditetapkan di bawah
PANS 13 Bahagian A.
- Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan:-
- Borang 6 SPA (Pindaan 1/84) dan
LAMPIRAN A yang lengkap diisi
- Surat persetujuan daripada Setiausaha
Kerajaan Negeri.
- Salinan Sijil Pergerakan Gaji Terakhir.
-
Bagi pemendekan
kontrak, surat persetujuan pegawai dan sokongan Ketua Jabatan serta
sebab-sebab pemendekan tersebut.
|
senarai
semak
|
Syor
Kenaikan Pangkat Biasa
Contohnya kenaikan
pangkat Penolong Pegawai Tadbir Gred N6 ke jawatan Penolong Pegawai
Tadbir Gred N5.
-
kecekapan yang
ditunjukkan dalam menjalankan tugasnya.
-
sifat peribadi
termasuk keutuhan, ketelusan kelayakan serta pengalaman yang sesuai
dengan jawatan yang hendak diisi.
- disahkan dalam Perkhidmatan.
-
mencapai tahap
kecemerlangan yang ditetapkan.
-
hadir dengan jayanya
Kursus kenaikan pangkat yang ditetapkan jika berkenaan.
-
diperakukan oleh
Ketua Jabatan.
-
Sebelum Ketua Jabatan
mengemukakan perakuan kenaikan pangkat ke Suruhanjaya ini, Ketua
Jabatan hendaklah mengadakan mesyuarat "Lembaga Kenaikan Pangkat
diperingkat Jabatan". Lembaga berkenaan hendaklah dipengerusikan
oleh Ketua Jabatan dan dianggotai oleh Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan
itu sendiri, Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (Selaku Pemerhati).
-
Dokumen-dokumen yang
perlu dikemukakan bersama perakuan kenaikan pangkat:-
- Borang Perakuan SPA 7 (Pindaan 1/98)
yang lengkap diisi
-
Senarai pegawai yang
dilangkau (jika ada) dan sebab-sebab pelangkauan sebagaimana yang
dikehendaki dalam PANS 52 Bahagian A.
-
Salinan Minit
Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Peringkat Jabatan.
-
Laporan Penilaian
Prestasi 3 tahunberturut-turut bagi calon diperakukan dan dilangkaui.
-
Salinan Sijil
Peperiksaan perkhidmatan yang berkaitan.
|
senarai
semak |
Syor
Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
(KPSL)
mempunyai kelayakan akademik untuk di
lantik ke jawatan yang dimaksudkan, mengikut Skim Perkhidmatan hendak
diisi bagi jawatan yang olehnya:-
ATAU
-
lulus Peperiksaan
Khas.
-
berumur kurang dari
54 tahun.
-
disahkan dalam
jawatan.
- Borang Perakuan 7 SPA (Pindaan 1/84)
yang lengkap diisi
-
Senarai pegawai yang
dilangkaui (jika ada) dan sebab-sebab pelangkauan sebagaimana yang
dikehendaki dalam PANS 52 Bahagian A.
-
Salinan Minit
Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Jabatan.
-
Laporan Penilaian
Prestasi 3 tahun berturut-turut bagi pegawai yang diperakukan dan
dilangkaui. Salinan Sijil Peperiksaan Perkhidmatan yang berkaitan.
-
Salinan kelayakan
Akademik atau Sijil Lulus Peperiksaan Khas perlu disertakan bersama.
|
senarai
semak |
Syor
Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Istimewa
Bagi Jawatan Jumud
-
Kenaikan Pangkat Secara
Lantikan Istimewa jawatan jumud bermaksud, urusan KPSL dibuat tanpa
melalui proses pengiklanan jawatan, tidak tertakluk kepada kekosongan
jawatan dan anggota-anggota diberi peluang untuk ditemuduga sebanyak 3
kali.
-
Kenaikan Pangkat Secara
Lantikan Istimewa Jawatan Jumud mula diperkenalkan pada September 1989
apabila Kerajaan memutuskan untuk menjumudkan jawatan Pembantu Kerani
Skel D11.
-
Syarat-syarat KPSL
Istimewa.
- disahkan dalam jawatan.
- memegang jawatan jumud yang
disenaraikan mempunyai peruntukan KPSL Istimewa.
-
memiliki kelayakan
akademik atau lulus Peperiksaan Khas.
-
Berjaya dalam
temuduga.
-
Temuduga KPSL Istimewa
jawatan jumud ini diadakan sekali setiap tahun dan pegawai-pegawai
berkenaan akan diberi peluang tiga kali temuduga. Sekiranya tidak
berjaya sehingga ketiga-tiga peluang itu digunakan, maka pegawai
berkenaan akan diletakkan sebagai Khas Untuk Penyandang (KUP) dalam
jawatan berkenaan sehingga dia meninggalkan perkhidmatan.
-
Jika berjaya dalam
temuduga tersebut pegawai berkenaan akan dinaikkan pangkat secara
lantikan ke jawatan yang berkenaan.
|