 |
|
Laman
Utama
Jawatan
Yang Boleh Dipangku atau Ditanggung Kerja
Perubahan
Gelaran dan Gred Tangga Gaji
Pelantikan
Secara Pertukaran Sementara
Setiausaha
Yunos Hj. Ashmat
Penolong Setiausaha
Harris Ag. Tahir |
|
BAHAGIAN
MEMANGKU |
|
|
OBJEKTIF |
| Memastikan
semua perakuan yang lengkap dan teratur dikemukakan ke Mesyuarat SPAN.
|
|
FUNGSI |
Fungsi
Bahagian ini ialah memproses:
- Syor Pelantikan dan
Pemendekkan Memangku Jawatan.
- Syor Pelantikan dan
Pemendekan Menanggung Kerja.
- Syor Perbuahan Gelaran
dan Tanggagaji Jawatan
- Syor Pelantikan
Pertukaran Sementara/Pinjaman
|
|
PROSEDUR
DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKAITAN |
|
Memangku
Menurut PANS 45 (1) (a) Bahagian B, memangku ialah sesuatu keadaan di mana
anggota perkhidmatan awam diarah menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab
sepenuh masa sesuatu jawatan lain yang lebih tinggi dalam Skim
Perkhidmatan yang sama atau berlainan, dengan meninggalkan jawatan
hakikinya.
Menanggung Kerja
Menurut PANS 45 (1) (c) Bahagian B, menanggung kerja ialah sesuatu keadaan
di mana anggota perkhidmatan awam diarah menjalankan tugas-tugas dan
tanggungjawab satu jawatan lain dalam skim perkhidmatan yang sama atau
berlainan di samping menjalankan tugas-tugas jawatannya sendiri. Dalam
ertikata yang lain menjalankan dua kerja dalam satu masa.
|
| Jawatan
boleh dipangku atau ditanggung kerja dalam keadaan seperti berikut:- |
-
Hendaklah terdapat
kekosongan jawatan. Kekosongan jawatan boleh ujud disebabkan
pewujudan jawatan baru atau penyandang hakikinya sedang berkursus
pendekatau bercuti tanpa gaji, cuti rehat, cuti bersalin dan cuti
sakit.
-
Menurut PANS 45 (3)
Bahagian B, tempoh memangku/menanggung
kerja hendaklah tidak kurang dari 28 hari bagi perakuan pertama dan
bagi perakuan seterusnaya (menjalankan tugas-tugas itu semula)
hendaklah tidak kurang 14 hari.
- Perakuan hendaklah dikemukakan tidak
lewat tiga bulan setelah anggota perkhidmatan awam itu memangku atau
menanggung kerja sebagaimana yang ditetapkan dalam PANS 45 (7)
Bahagian B.
-
Bagi jawatan
profesional dan jawatan-jawatan teknikal tertentu, pegawai yang
diperakukan hendaklah memiliki kelayakan akademik
-
Dokumen-dokumen yang
perlu dikemukakan/untuk memangku ataupun menanggung kerja:-
- Borang 7 SPA (Pindaan 1/84) dan
Lampiran A yang lengkap diisi
- Salinan KPT.
- Salinan sijil kelahiran.
- Salinan sijil akademik.
- Salinan surat pelantikan jawatan
Hakiki.
-
Salinan rekod/buku
perkhiidmatan yang kemaskini.
-
Salinan surat cuti
sakit, cuti rehat, cuti belajar dan sebagainya bagi penyandang
hakiki yang hendak memangku atau menanggung kerja.
-
Senarai tugas
jawatan hakiki dan jawatan yang ditanggung kerja (untuk syor
menanggung kerja sahaja).
-
Carta Organisasi
yang menunjukkan kedudukan jawatan pegawai yang diperakukan dan
pemegang hakiki dahulu (untuk syor menanggung kerja sahaja).
|
| Syor
Perubahan Gelaran Dan Gred Tangga Gaji |
|
-
Perubahan Gelaran dan
Gred tangga gaji biasanya terjadi apabila sesuatu jawatan ditakluk di
bawah skim perkhidmatan baru yang melibatkan perubahan gelaran jawatan,
gred gaji atau kedua-dua sekali ataupun gred gaji sesuatu jawatan
diubah.
-
Perubahan ini tertakluk
kepada prosedur pelaksanaan yang ditetapkan sama ada secara automatik
atau perlu memenuhi syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan
yang baru.
-
Dokumen-dokumen yang
diperlukan:-
-
Borang 6 SPA (Pindaan
1/84) dan LAMPIRAN ‘A’ yang telah lengkap diisi.
-
Waran Perjawatan yang
menunjukkan perubahan berkenaan.
-
Salinan surat
pelantikan dan surat melapor diri bertugas.
-
Salinan Rekod/Buku
Perkhidmatan yang kemaskini.
-
Salinan Sijil
Pergerakan Gaji Terakhir.
- Salinan Sijil Pergerakan Gaji Terakhir.
- Salinan Sijil Akademik/Surat yang
berkaitan.
|
| Pelantikan
Secara Pertukaran Sementara/Pinjaman |
|
-
Pelantikan secara
Pertukaran Sementara/Pinjaman ialah pelantikan anggota perkhidmatan
awam yang ditukarkan dari satu jabatan ke satu jabatan Kerajaan atau
ke Badan Berkanun yang lain dalam pentadbiran Negeri.
- Syarat-syarat pelantikan ini adalah sama
seperti pelantikan anggota perkhidmatan awam yang dipinjamkan ke
Kuasa-Kuasa Tempatan atau Badan-Badan Berkanun.
-
Sekiranya tempoh
pelantikan pertukaran sementara ini dilanjutkan perakuan hendaklah
dikemukakan tiga bulan sebelum tempohnya berakhir.
-
Dokumen-dokumen yang
diperlukan:-
- Borang 6 SPA (Pindaan 1/84) dan
LAMPIRAN ‘A’ yang lengkap diisi.
- Surat kebenaran daripada SKN.
- Salinan surat pelantikan.
- Salinan surat pengesahan jawatan.
- Salinan sijil kelahiran.
- Salinan KPT.
- Salinan Sijil akademik.
- Salinan buku perkhidmatan.
- Terma-terma dan Syarat-syarat Perakuan
sementara/pinjaman
- Pelonggaran syarat Skim Perkkhidmatan
(jika berkenaan.
|