TEKS UCAPAN TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN

KETUA MENTERI SABAH SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SABAH KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH DAN BADAN-BADAN KEAGAMAAN BUKAN ISLAM TAHUN 2017, BAGI BAHAGIAN PANTAI TIMUR (SANDAKAN), PADA 2 OKTOBER 2017

DI GRAND BALLROOM, SABAH HOTEL, SANDAKAN.

 

 

Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, saya bersyukur dan berbesar hati kerana dapat bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan sekali lagi sempena Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kepada Sekolah-Sekolah dan Badan-Badan Keagamaan Bukan Islam Bahagian Pantai Timur (Sandakan), bagi Tahun 2017.

 

Kita sedar, institusi pendidikan seperti sekolah amat penting dalam melahirkan rakyat yang berilmu dan berpengetahuan yang akan memacu pembangunan dan kemajuan. Pada masa yang sama, badan-badan keagamaan memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai-nilai mulia dan positif dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

 

Hari ini, sukacita saya mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk memperuntukkan RM4,075,000 untuk sekolah-sekolah dan badan-badan keagamaan bukan Islam di kawasan pantai timur bagi tahun 2017. Daripada jumlah tersebut, RM1,590,000 adalah untuk sekolah-sekolah termasuk Sekolah Persendirian Cina, Mission School dan Tadika. Peruntukan bagi Badan Keagamaan Bukan Islam seperti Gereja, Kuil Cina, Hindu dan Sikh pula adalah berjumlah RM2,485,000.

 

Saya percaya dengan sumbangan tahunan ini, sekolah-sekolah dan Badan-badan Keagamaan Bukan Islam akan dapat memenuhi sebahagian daripada keperluan kewangan untuk menampung kos operasi harian, menjalankan program-program berkaitan serta penambahbaikan institusi dan badan keagamaan masing-masing.

 

Saya berasa gembira apabila menerima maklum balas bahawa peruntukan pada tahun-tahun yang lepas telah digunakan dengan cekap untuk membuat pembaikan, penambahan dan pembelian keperluan untuk tempat-tempat ibadat dan sekolah. Kita akui bahawa kita tidak dapat memenuhi permintaan untuk memberikan jumlah yang diminta oleh sekolah-sekolah dan badan-badan agama.

 

Saya ingin memberi jaminan bahawa kita telah melakukan yang terbaik untuk memperuntukkan sejumlah besar peruntukan yang kita mampu. Dengan pengurusan kewangan yang berhemat, Kerajaan Negeri Sabah telah berjaya meningkatkan peruntukan tahunan ini.

 

Walaupun program peningkatan sosio ekonomi memerlukan dana, Kerajaan Negeri akan terus membantu sekolah-sekolah persendirian cina dan sekolah swasta, begitu juga dengan sekolah jenis kebangsaan dan tadika. Kerajaan BN sentiasa memberi perhatian serius terhadap pembangunan pendidikan, dan akan terus berusaha untuk merapatkan jurang pembangunan di bandar dan luar bandar.

 

Hubungan erat kita dengan Kerajaan Pusat juga memberi platform untuk kita mencari penyelesaian terbaik dalam meningkatkan kemudahan, yang membolehkan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, seterusnya meningkatkan tahap pendidikan di Sabah. Sebagai Kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab, kita sentiasa membela nasib rakyat termasuklah membantu sekolah-sekolah dan pertubuhan agama yang mewakili pelbagai kepercayaan dan agama di negeri ini.

 

Although socio-economic programmes require funds, the State Government will continue to assist schools. The BN Government pays serious attention to education development, and we are also constantly striving to bridge the gap when it comes to facilities in urban and rural areas. Our close ties with the Federal Government provides us a platform to seek solutions to improve facilities that will make teaching and learning more effective, and with that boost the standard of education in Sabah.

 

The large allocation for non-Islamic religious bodies is reflective of the Government’s commitment in upholding religious freedom. There is no discrimination and it is my hope that all parties act responsibly when discussing issues related to religion and the rights of all citizens as enshrined in the Federal Constitution. Along with Islamic bodies, you play an important role in promoting positive values in society. 

 

I sincerely hope that schools and non-Islamic religious bodies that receive allocations today will be able to implement programmes and activities successfully. I also encourage you to keep up your good work and to continue serving your schools and religious institutions to the best of your abilities. Thank you.