Hargai Jasa Pahlawan Bangsa, Bantu Keluarga Pejuang Negara

Oleh: Arshad Hussin

 

KOTA KINABALU: Penghargaan dan mengenang jasa pejuang-pejuang bangsa yang telah berkorban demi negara tidak cukup sekedar meletakkan kalungan bunga atau menghulur bantuan melalui kempen Hari Pahlawan sebaliknya segenap lapisan rakyat perlu memainkan peranan dan kewajiban memastikan kebajikan mereka (pejuang) mendepat pembelaan sewajarnya.

 

Pengerusi Jawatankuasa Induk Kempen Hari Pahlawan Negeri Sabah 2007,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,berkata setiap warganegara seharusnya insaf dan turut memberikan sumbangan ikhlas membela keluarga para pejuang yang telah berjasa kepada negara.

 

Keikhlasan mereka berjuang tidak mengharapkan sebarang balasan  kerana keringat,masa,harta dan kasih sayang yang mereka curahkan memadai dengan tertegaknya sebuah kemerdekaan tetapi,wajarkah kita sebagai warganegara yang mendiami negara ini hanya menumpang senang tanpa mensyukuri serta menghargai jasa para pahlawan yang amat berjasa ini ?” kata Nasir.

 

Nasir berkata,setiap pejuang yang telah terkorban mahupun yang cedera semasa mempertahankan kedaulatan negara mempunyai keluarga dan memerlukan bantuan serta pembelaan.

 

Apapun cabaran dan dugaan yang kita ada ianya hendaklah tidak mematahkan jiwa dan semangat kita menzahirkan penghargaan ke atas jasa pahlawan yang gugur mempertahankan kedaulatan negara dengan menghulurkan sumbangan termampu kepada Tabung Hari Pahlawan,” kata Nasir.

 

Nasir yang berkata demikian sempena majlis Pelancaran Hari Pahlawan Negeri Sabah 2007 di sini.yang disempurnakan Yang DiPertua Negeri Sabah,Tun Haji Ahmadshah Abdullah.

 

Hadirsama sempena majlis itu Menteri Pelancongan,Kebudayaan & Alam Sekitar,datuk Masidi Manjun,Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah,Datuk Sukarti Wakiman, Setiausaha Persekutuan Sabah,DatoIsmail Wadin,Pembantu Menteri  Pembangunan Infrastruktur,Datuk Aklee Abas,Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri,Datuk Radin Maleh,Panglima Wilayah Laut 2 (Sabah & Sarawak),Laksamana Muda Dato’ Ahmad Kamarulzaman,Pengerusi KKIP,Datuk Basalie Abd Hamid,Yang DiPertua Persatuan Bekas Angkatan Tentera Malaysia (PBTM), Isnain Amat serta ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.

 

Datuk Haji Nasir yang juga Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,menjelaskan kerajaan membelanjakan kira-kira RM10 juta setahun untuk membela nasib anggota tentera dan keluarga mereka yang melibatkan bantuan kepada balu dan anak anggota tentera yang gugur di medan perjuangan.

 

Justru kata beliau,rakyat negara ini khususnya kepada pihak swasta dan badan-badan korporat seharusnya tampil kehadapan menghulurkan bantuan untuk menjayakan kempen Hari Pahlawan.

 

Sambutan Hari Pahlawan kali ini disusuli oleh sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-50 pada 31 Ogos ini dan memberi laluan kepada usaha mengenang jasa serta pengorbanan pahlawan sekaligus meningkatkan semangat patriotisma dikalangan rakyat.