Tampil Hulur Bantuan,Kenang Jasa Pahlawan

Oleh: Arshad Hussin

 

 

KOTA KINABALU: Rakyat  negara ini khususnya kepada pihak swasta dan badan-badan korporat diminta tampil kehadapan menghulurkan bantuan untuk menjayakan kempen Rayuan Hari Pahlawan  Negeri Sabah 2008.

 

Pengerusi Jawatankuasa Induk Kempen Rayuan Hari Pahlawan Negeri Sabah 2008,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan setiap warganegara seharusnya insaf dan turut memberikan sumbangan ikhlas membela keluarga para pejuang yang telah berkorban nyawa semata-mata untuk mempertahankan kedaulatan,keamanan dan kesejahteraan Negara ini.

 

Nasir yang juga Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,berkata demikian sempena mempengerusikan mesyuarat Kempen Sambutan Rayuan Hari Pahlawan Negeri Sabah di Kementerian Pertahanan Kota Kinabalu.

 

Hadirsama sempena mesyuarat itu Yang DiPertua PBTM,Isnain Amat,Setiausausaha Rendah 1,Jabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Ag.Sharin Alimin, Pengarah Kementerian Pertahanan Malaysia,Negeri Sabah, Pengarah Hal Ehwal Vetren ATM Cawangan Sabah, wakil Datuk Bandar Kota Kinabalu,wakil Ketua Polis Negeri Sabah,Wakil Panglima 5 Bridged Infantri Malaysia,wakil Panglima Wilayah Lautan 2,serta ahli-ahli majlis tertinggi PBTM.

 

Katanya,pelancaran Sambutan Hari Pahlawan Negeri Sabah 2008 akan dilancarkan oleh Yang DiPertua Negeri Sabah,Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah di Istana Negeri Sabah pada 31 Julai 2008 jam 2.30 petang sementara Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga sempena Hari Pahlawan 2008 Peringkat Negeri Sabah akan dilangsungkan di Ujana Rimba Troppika,Km4,Jalan Penampang pada tarikh yang sama sebelah pagi jam 7.05 pagi.

 

Sambutan Rayuan Hari Pahlawan disusuli oleh sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-51 pada 31 Ogos ini dan memberi laluan kepada usaha mengenang jasa serta pengorbanan pahlawan sekaligus meningkatkan semangat patriotisma dikalangan rakyat.