Masjid Lambang Perpaduan Sejagat
Oleh: Arshad Hussin
KOTA KINABALU: Masjid berperanan sebagai lambang perpaduan sejagat dari dulu,kini dan selamanya dan peranan yang dimainkan oleh masjid dalam semua peringkat disamping menjadi peranan utama yang lain.
Selain itu institusi masjid boleh diperkasa dan dimartabatkan dalam memandu kehidupan manusia kearah perpaduan semua peringkat bermula daripada kampong dan kariah dimana masjid itu berada sehinggalah ke peringkat antarabangsa dan sejagat.
Sehubungan itu pengurusan masjid dalam sesebuah negeri dan Negara memerlukan pengurusan yang lebih sistematik serta teratur dengan pelbagai kemudahan canggih disamping pelaksanaan pelbagai aktiviti bagi mengimarahkan setiap masjid dan surau.
Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran yang mengetuai rombongan terdiri daripada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Negeri Sabah (JHEAINS),Haji Amri A.Suratman; Setiausaha Rendah 1 JKM Sabah,Datuk Hj.Ag Sharin Alimin
Timbalan Pengarah JHEAINS,Haji Rumaling Epit dan Setiausaha Perhubungan MJKM,Shamsolo Baharry Kairin telah diberikan taklimat mengenai perkembangan dan Kemajuan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) sempena melakukan lawatan kerja ke lembaga itu di Baitul Makmur,Medan Raya,Petra Jaya Kuching,Sarawak.
Taklimat khas disampaikan Pengurus Besar Lembaga Amanah Kebajikan Negeri Sarawak,Haji Mohamad Shabry Othman dan dihadiri sama,Setiausaha Kehormat LAKMNS,Tan Sri Datuk Amar Hj.Bujang Muhamad Noor; Adun Kawasan Lingga,Hajah Simoi Peri;Imam Besar Masjid Negeri Sarawak,Dato Hj.Nahrawi hj.Abdul Rahman dan Pegawai Kanan LAKMNS,Megawati Julaihi.
Datuk Nasir yang juga menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,menjelaskan masjid dan surau adalah institusi yang merupakan pusat bagi segala aktiviti umat Islam.
Katanya,masjid dan surau perlu ditadbir dan diurus sehingga manfaatnya dimaksima sebaik mungkin dengan pengurusan bervisi bagi memartabatkan agama Islam.
Nasir menjelaskan kejayaan yang telah dicapai LAKMNS dalam pengurusan masjid di negeri itu memang amat baik bagi membangunkan umat Islam dari segi ekonomi dan pentadbiran disamping mengembangkan syiar agama Islam.
Beliau menambah,pihaknya
akan mengkaji beberapa perkara berhubung pentadbiran dan pengurusan masjid untuk dilaksanakan
di negeri
Sebelum itu Datuk Nasir bersama rombongan turut melakukan lawatan dan tinjauan ke Bangunan Pusat Islam Sarawak yang terletak di Jalan Uplands,Simpang Tiga,Kuching.
Bangunan yang bercirikan senibina dan budaya
pelbagai etnik negeri
akan dirasmikan pada 17 Ogos depan.