Kerajaan Akan selesai Isu Tanah

Oleh:Arshad Hussin

 

Semporna: Rakyat diminta terus bersabar menunggu kelulusan permohonan tanah yang belum dikeluarkan geran dan meneruskan usaha membangunkan tanah mereka yang bagi tujuan pertanian untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

 

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan rakyat tidak seharusnya berpatah semangat dan beremosi sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak berkenaan menyelesaikannya.

 

Katanya,industri pertanian sebagai media mampu menjana lonjakan taraf ekonomi selesa selaras dengan misi kerajaan yang kini mengutamakan pertanian sebagai komersil utama meningkat taraf hidup rakyat sekaligus menyumbang kepada kejayaan program Pembangunan Koridor Sabah (SDC) yang telah dilancarkan Perdana Menteri,Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

 

Datuk Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang, berkata keluhan dan rintihan rakyat berhubung isu tanah di daerah itu akan diselesaikan secara teliti dan berperingkat.

 

Katanya,kerajaan amat prihatin dengan masalah yang telah menimbulkan bebanan dan keraguan rakyat itu dan percaya ianya akan dapat diselesaikan dengan kerjasama erat semua rakyat yang terlibat dengan isu itu.

 

Nasir berkata,keluhan itu sering dilontarkan penduduk dan masyarakat di daerah itu terutamanya dijadikan isu utama dalam pilihan raya oleh pihak pembangkang yang ingin menangguk di air keruh bagi memenangi hati rakyat.

 

Beliau menambah,berhubung pembahagian projek kerajaan pihaknya akan mengkaji dan menapis semua permohonan projek kampong berdasarkan keutamaan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan pembangunan berkaitan.

 

Katanya,bagi melaksanakan urusan itu beliau meminta semua Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung memberikan kerjasama erat dengan mengemukan laporan secara terperinci dan melaksanakankan tanggungjawab mereka kepada rakyat secara berkesan.

 

Kita mahu semua pemimpin peringkat daerah dan kampong bertanggungjawab dan melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi supaya tiada lagi rakyat tercicir daripada program pembangunan rakyat khsusunya mengatasi kemiskinan tegar.

 

Datuk Nasir berkata demikian sempena majlis Kesyukuran & Majlis Bersama Rakyat (MBR) di Kampung Kabogan Laut dan Kawasan Senallang.

 

Hadirsama sempena mjalis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak,Encik Nilwan Kabang,Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba, Setiausaha Sulit MJKM,Haji Yahamad Budin,Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabahani,Pegawai Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir serta pemimpin-pemimpin tempatan.

 

Sehubungan itu Datuk Nasir menyeru rakyat,masyarakat pelbagai kaum dan peringkat merapatkan kembali hubungan mesra sesama kaum selepas berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

 

Katanya,PRU-12 merupakan proses demokrasi berparlimen bagi menentukan serta membentuk kerajaan rakyat dan ianya kini telah berakhir dan kerajaan telah pun membentuk kerajaan dengan mandate baru diberikan majoriti rakyat Negara dan negeri ini.